Hari Ini Redup dan Petangnya Hujan

Semasa post ini ditulis, waktu sekarang sedang hujan rintik-rintik diluar sana. Pada awal paginya suasana di sini (Matang, Taiping) agak redup dan tengaharinya panas sedikit dan diselang selikan dengan kedaan redup disebabkan awan.

Hujan adalah rahmat dari tuhan dan saya bersyukur kerana kita dikurniakan hujan. Tumbuh tumbuhan boleh hidup segar, udara menjadi nyaman dan bersih. Apa pun sekarang kita berada didalam bulan Ramadhan banyakkan bersyukur dengan nikmatNya. Hujan pun nikmatnya. Best dapat pahala mudah dengan bersyukur dan lebih-lebih lagi bulan Ramadhan. Insyallah pahala kita akan dilipat gandakan oleh Allah.

Bercerita Tentang Hujan.

Teringat masa sekolah dahulu cikgu-cikgu bercerita macamana hujan itu boleh terjadi.

Bermula dengan penyejatan air-air di tanah, sungai, laut, tasik dan lain-lain tempat yang ada air. Maka air ini akan terpeluap hingga ke satu tahap ketinggian, maka keadaan udara sangat sejuk dan wap-wap air ini terkondensasi menjadi titisan yang besar dan berat. Apabila terlalu berat, maka titisan ini pun turun dan di panggil sebagai "Hujan"