Hadis :
Huraian :
1. Beriman kepada Hari Kiamat adalah antara perkara yang termasuk di dalam rukun Iman dan wajib diyakini sepenuhnya oleh setiap Muslim.
2. Perbicaraan yang berlaku pada hari kiamat adalah menyentuh tentang semua aspek kehidupan makhluk semasa di dunia termasuk perkara-perkara berkenaan hak yang meliputi:
i. Perkara yang bersabit dengan perlakuan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan seperti bunuh-membunuh, tikam- menikam, pukul memukul, siksa menyiksa dan sebagainya.
ii. Perkara yang bersabit dengan perlakuan jenayah yang mencemar kehormatan diri dan maruah seseorang seperti caci mencaci, memaki hamun, mengumpat, tuduh-menuduh dan sebagainya.
iii. Perkara yang bersabit dengan harta benda seperti mencuri, merompak, menipu, hutang-piutang dan seumpamanya.
3. Oleh itu bagi sesiapa yang mempunyai kesalah-kesalahan yang disebutkan akan menerima pembalasan yang seadilnya daripada Allah SWT. Antara balasannya adalah:
i. Menerima balasan daripada makhluk yang diperlakukan jenayah terhadapnya.
ii. Memberikan amal kebajikan kepada orang yang dianiayakan untuk membayar hutang orang yang dihutanginya atau memberi gantirugi dan sekiranya tiada lagi saki baki amalan yang
tinggal untuk diberikan maka seseorang itu akan terpaksa menanggung hutang kesalahan orang yang dikhianati itu.
iii. Dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.
4. Sebagai mukmin yang beriman kita hendaklah sentiasa berwaspada dalam setiap tindak tanduk di dunia dan sentiasa bermuhasabah, bertaubat memohon keampunan agar apabila meninggal kelak kita tidak termasuk di kalangan orang yang rugi.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:"Sesungguhnya sebarang hak tak dapat tidak mesti dibayar kepada tuannya sehingga kambing biri-biri yang dogol (tidak bertanduk) diberikan peluang membalas kambing biri-biri yang bertanduk" 'iaitu menanduknya' mengikut satu riwayat." Muslim dan at-Tirmidzi