H1N1 Apa Sudah jadi?

Assalamualaikum semua,

Teman hari ini, idak ler nak bercakap panjang lebar sangat. Cuma teman udah risau bebenor dengan H1N1 ni. Tiap-tiap hari ader jer laporan mati je. Tak 2 orang, 7 orang yang mati. Teman udah rase negara teman duduk ni udah tak selamat. Macam ader peperangan. Nampak je orang batuk sikit pun dah fobia. Takut-takut bejangkit kat teman.

Kalau teman pi mesjid pun udah tak selesa dah. Tambah-tambah sembahyang jumaat. Sepatutnya khusyuk bertemu tuhan. Tapi fobia dengan orang sekeliling. Apa boleh buat tawakal aje ler. Ya Allah ampunkan dosa aku.

Teman pelik la bila la kerajaan nak ambik tindakan sewajarnya bagi nak bendung ancaman H1N1. Nak hantar ke ISA H1N1 ke? Udah kate Akta Keselamatan Dalam Negeri. H1N1 dah mengancam seluruh keselamtan rakyat ni (Ada bau politik la pulak).

Moga-moga Allah turunkan jalan penyelesaian kepada penyakit ini. Ya Allah aku ingin khusyuk kepada-Mu