Masukkan Email Anda Untuk Langganan Melalui Email:

Percuma Melalui FeedBurner

29 May 2009

Kisah Si Suami Proggrammer

Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa... .. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

28 May 2009

Marilah Sama-Sama Perjuangkan Hukum Allah

HIKMAH HUDUD Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:



1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum di Akhirat. Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam. Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidak dimakan ajar.

Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak akan berjalan.

Sebaliknya hudud akan jadi bala dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi.

Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat. Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu. Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain bercuti dari kejahatan.

Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll. ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari hudud-hudud duniawa yg dicipta oleh manusia.

Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda. Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara atau denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau curi tangannya.

Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain. Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH. Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah

Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syari sesudah dinasihatkan.

Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.

Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah

Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah kahwin.



Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.

Rotan 80 kali untuk peminum arak



Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dgn kesalahan, itu dinamakan hukum tazir. Yakni pesalah diberi malu. Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman tazir yg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.

Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul istilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti: Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia. Sebenarnya hudud dunia ini lebih kejam. Ada orang ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman? Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susah kita hendak adil.

Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu andaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah dari betulnya. Sebenarnya bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari tangan yg dipotong itu. Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat terjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yg sungguh baik. Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.

Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.

27 May 2009

Kisah Murtad Yang Menyayat Hati - Kisah Benar

Kisah sedih yang akan saudara/saudari baca ini mengisahkan KISAH BENAR yangdiceritakan oleh bapa kepada Hartini yang telah keluar dari agama asalnya Islam seperti yang diceritakan kepada wartawan Majalah Muslimah. Semoga kita semua dapat merenung dan memikirkan apa yang dapat kita lakukan sekiranya ianya terjadi terhadap orang yang kita sayangi.

MURTAD (KISAH BENAR)

Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi. Bagi mengetahui hal sebenar , pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim , abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut. Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi .Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.

Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School (A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari ,kedua Hartina , ketiga Azliza (17 tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan. Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami, kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh". Di sebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami , segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer di Kampar. Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Pada tahun 1993 dia bertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu. Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate (En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak) , jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelak India. Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang.

Setelah melihat keadaannya, baru terlintas di fikiran saya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut. Walaupun kami datang setiap bulan ,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami. Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?" Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya . Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina te

Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00 petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30 malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor. Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu . Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran. Dalam peraturan perkahwinan India , seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India. Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah di buat pada 24 Mac 1996 ini bermakna saya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut ,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung. Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut. Saya bersama isteri berpandangan sendiri. Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis . Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?. Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27 Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis ,saya dan isteri pulang ke rumah ,kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang ke rumah pada malam itu. Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya " Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?. " Dia kata yang pihaknya telah memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah . Bila saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka. Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya. Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya. Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya? Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak. Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India. Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak. Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14 April, kira-kira pukul 12.00 tengah malam , Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh. Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.

Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama Islam Perak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka. Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina . Pada 31 April , kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan. Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah di hadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur. Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina. Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu daripada si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30 juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya. Setelah segala- galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculik isterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis. Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak saudara saya (Borhan) telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan peguam. Saya berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu Caves untuk menguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa .Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela .Saya tidak boleh berbuat apa-apa . Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan rumah dan perniagaan saya berbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan , tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu oleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu berada.

Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka . Empat minggu kawan saya mencari ,minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu memerlukan masa yang agak lama kerana dia menguruskannya seorang diri , tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini, Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana polis tidak mahu bertindak. Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM) , Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, saya mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu. Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula. Bila mendapat keterangan diri, baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali , pada 30 April 1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan namanya kembali kenama Hindu . Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei 1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan. Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak , saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya , tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam. Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang. Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi leaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali , tetapi lelaki India itu diam sahaja.Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan.

Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah. Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar- benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina ke balai. Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah. Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja.

Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul di hadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?. Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun . Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meter di hadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai , Hartina bangun , seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai saya untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri. Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu . Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan. Saya jatuh tersungkur. Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak , menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya. Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya. Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan.

Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya , tetapi rupa- rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka. Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu. Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mengambil parang dan membelasah orang-orang Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia 14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata) . Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang. Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah, saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran. Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan. Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa- apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya, orang pertama yang disyaki adalah saya.

Berikutan dengan itu saya telah ditahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998. Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki. Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16 tahun. Jika benar saya melakukan, takkanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua digari. Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa. Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang. Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal, Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian tembakan itu. Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu. Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu. Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan pekara palsu menjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan. Selepas dua minggu saya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri, bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain.

Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu. Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendakki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya. Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.
rus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996 . Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam, sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan, Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu bekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka. Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu. Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21 Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung?.

26 May 2009

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : - >


1) NOMBOR KECEMASAN


Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .


2) KERETA TERKUNCI


Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI


Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI


Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya .

25 May 2009

Hikmah 7 Kalimat

Barangsiapa hafal tujuh kalimat, dia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.

  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah tersilap pada perkataan yang tidak patut.
  4. Mengucap Insya'Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini.
  6. Mengucap Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Peranan Dan Falsafah Mata


1. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mata batin.

2. Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.

3. Mata lahir macamlah lampu kereta. Kalau selalu sahaja dimain-main lampu itu akan melemahkan bateri. Begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram, ia akan melemahkan mata hati.

4. Mata adalah satu anggota badan yang mempunyai peranan dan falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya:

i. Kalau ia memandang sambil lewa ertinya ia melihat sambil berfikir.

ii. Kalau ia memandang secara menjeling, ada rahsia yang dia hendak tahu atau ada perkara yang dia curigai, atau hendak mencuri pandangan agar orang tidak tahu.

iii. Kalau ia memandang dengan tajam sambil merenung ertinya ia memandang sambil berfikir kerana ingin memahami apa yang dia lihat.

iv. Kalau dia memandang dengan membeliakkan mata bererti dia merasa hairan apa yang dia lihat atau dia marah pada seseorang.
v. Kalau dia memandang di satu hala, lama pula dan biasanya badannya tidak digerakkan mungkin dia berkhayal atau merenung akan sesuatu di masa yang lalu atau memikirkan di masa depannya, apa nasibnya.

vi. Kalau dia menggunakan mata melihat ke tempat-tempat dan dialihnya pandangan dari satu tempat ke satu tempat atau pandangannya dilirik-lirikkannya ertinya dia terpesona atau kagum dengan apa yang dia lihat atau merasa aneh atau merasa gerun. Boleh jadi juga merasa jijik.

vii. Kalau dia mengenyit-ngenyitkan mata ertinya memberi isyarat sesuatu kepada seseorang atau memberi signal kepada seseorang yang dia telah jatuh hati kepada orang itu.

viii. Kalau dia memejamkan mata bererti dia hendak tidur atau hendak mengingatkan sesuatu yang dia telah lupa.

ix. Kalau dia memain-mainkan mata atau menggerak-gerakkan mata atau mengenyit-ngenyitkan mata ertinya dia hendak bergurau. Biasanya selalu digunakan kepada kanak-kanak.

x. Kalau mata memandang secara liar, sama ada dia ketakutan atau hendak mengintip orang yang buat salah atau ada seseorang yang hendak dicari atau ada orang yang dicurigai.

xi. Mata keranjang, seseorang yang suka melihat perempuan atau perempuan suka sangat melihat lelaki kerana tidak dapat mengawal nafsunya.

xii. Kalau mata dipejamkan dengan muka berkerut itu sama ada menahan sakit atau menahan rasa makanan yang pahit atau masam atau pedas.

xiii. Kalau mata itu sudah kuyu atau layu antara terbuka dan terkatup menunjukkan seseorang itu mengantuk hendak tidur.

xiv. Kalau mata sudah layu dan badan ikut longlai, ampun maaflah terpaksa juga saya menyebutkan, itu menunjukkan seseorang itu sudah terlalu bernafsu.


5. Pandangan mata lahir boleh mengingatkan kita kepada Allah Taala dan juga boleh melalaikan kita daripada Allah.

6. Pandangan mata lahir boleh merangsang mata hati melihat kebesaran Allah dan kehebatan Allah Taala atau boleh sekadar merasakan kecantikan dan kehebatan apa yang dia lihat semata-mata.

7. Mata kepala boleh membutakan mata hati, kalau dia melihat tidak disertakan dengan Allah dan juga boleh menghidupkan mata hati jika dia melihat disertakan dengan Allah Taala.

22 May 2009

Teh Khulafa'

Malam ni teman makan kat mamak. Seksyen 7 Shah Alam. Teman pesan teh khulafa'


---- 
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Sunnah Bersiwak

ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman.

Kebersihan dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat ibadat.

Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani, sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih.

Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit.

Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud:
"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)."
(Hadis riwayat Muslim)

Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud:
"Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat."
(Hadis riwayat Muslim)

Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut siwak, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan: "Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."

Siwak merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok gigi, dipanggil kayu siwak.

Nabi s.a.w sendiri dilaporkan membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar:
"Nabi bersiwak (menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya."


Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan:
"Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).


Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah satu sunnah.

Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.

Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan sisa makanan di celah gigi.

Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan.

Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk membersihkan mulut.

Ini termasuklah penggunaan berus gigi moden.

Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi.

Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut.

Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan.

Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi).

Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:

i. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

ii. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata:
"Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak."
(Hadis riwayat Muslim)

iii. Apabila bangun dari tidur. Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

iv. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.

v. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."


vi. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.

Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh.

Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan.

Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan:
"Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara."


Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri.

Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah.

Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.

Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

15 Musuh Iblis

1. Muhammad SAW
2. Imam dari pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang merendah diri
4. Pedagang yang jujur dan amanah
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk
6. Orang mukmin yang memberi nasihat
7. Orang mukmin yang berkasih sayang
8. Orang yang sentiasa dan cepat bertaubat
9. Orang ynag menjauhkan diri daripada segala yang haram
10. Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci
11. Orang mukmin yang banyak bersedekah dan menderma
12. Orang mukmin yang baik budi dan akhlaknya
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain
14. Orang yang hafaz al-Quran serta selalu membacanya
15. Orang yang berdiri melakukan solat pada waktu malam, sedang orang lain tidur

21 May 2009

7 Sunnah Nabi

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua : membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempa t : jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam : jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh : amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam

18 May 2009

Sunat Kejut Orang Tidur Apabila.........

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)

Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:

من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:

إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:

Tidur waktu subuh.

Nabi saw bersabda:

الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.

Nabi saw bersabda:

من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.

Nabi saw bersabda:

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Apabila Kaki Lebih Bersih Dari Muka

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

17 May 2009

Khalifah Allah

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi (Adam). Maka jawab mereka itu: Adakah patut Engkau jadikan di atas muka bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah, sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang kamu tidak kamu ketahui.

Surah Al-Baqarah ayat 30.


---- 
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

16 May 2009

Test

Test

---- 
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Apabila Duit Beraja

Apabila duit beraja,
hati pula haloba,
makan tak kenyang tiba,
kedekut pula harta,
sombong bibir berkata,
menipu, berdusta, berbohong lidah berkata.

Yang salah dikata benar,
yang benar berdusta belaka,
yang putih menjadi kelabu,
yang hitam jadi haru-biru,
yang halal menjadi haram jadah,
yang najis diangkat sesuci tanpa dosa.

Nukilan; Mohd Tajrie, 16 Mei 2009, Dzuliman Shah Alam.

Etiquetas

adab (1) adil (1) air (1) akhirat (1) al-ayubi (1) al-hadid (1) al-ikhlas (1) alim (1) allah (3) arafah (1) asam (1) awan (1) ayat (2) bakhil (1) Bakun (2) bandar (1) bangunkan (1) bantah (1) Barang (1) bayar (1) Bedah (1) belasah (1) belum (1) benar (1) Benarkan (1) berbeza (1) berdemo (1) berfikiran (1) berjemaah (1) bersih (1) bersiwak (1) Biasa (1) Bimbang (1) bimbit (1) binatang (1) bincang (2) bismillah (1) BN (1) bohong (1) boleh (1) bongkak (1) Budaya (1) bukit (2) bulan (1) Cabang (1) cabar (1) cadang (1) Calon (1) cantas (1) cara (1) cerita (1) dadah (1) Dahlan (1) dakwa (1) dalam (2) dalaman (1) dap (1) darul (1) dengan (2) dhuha (1) dialog (2) dibatalkan (1) diberi (1) dibunuh (1) didakwa (1) dimansuh (1) dinar (1) dipukul (1) dirampas (1) Diskaun (1) ditangguh (1) diumum (1) domestik (1) dos attack (1) dosa (1) Dr. Lo Lo (1) duit (1) duri (1) explain (1) express (1) fadhilat (1) fakta (2) firefox (1) fobia (1) galak (1) gambar (1) gantang (2) gigi (1) god (1) golongan (1) gosok (1) H1N1 (1) hak (1) halang (1) hamdalah (1) handphone (1) hanya (1) hapuskan (1) Harga (1) Harimau (1) hartini (1) hati (1) hikmah (1) hitam (1) hudud (2) hujan (1) hukum (1) Hutang (1) iblis (2) ibu (1) ikan (1) Interlok (1) Internet (1) isa (1) isteri (1) istigfar (2) jalan (1) Jambatan (1) Januari (1) jejaskan (1) jenayah (1) jibril (1) jimat (1) Jurucakap (1) jurugambar (1) kafir (1) kahwin (1) kaki (1) kata (1) kawal (1) kawasan (1) keadilan (1) kecil (2) Kedah (1) kedua (1) kejahatan (1) kelakar (1) kematian (1) kembali (1) kemudian (1) Kenaikkan (1) kenderaan (1) kepala (1) kerajaan (1) kerapu (1) keras (1) kereta (1) keselamatan (1) kesihatan (2) ketua (1) khasiat (2) khidmat (1) khuatir (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (1) kjaan (2) komputer (1) korup (1) kosong (1) kursi (1) lada (1) laksana (1) langkah (1) Lantikan (1) Larang (1) lawak (1) Lebih (1) Libya (1) logik (1) maha esa (1) Mahkamah (1) mahsyar (1) Malaya (1) Malaysia (1) Malaysiakini (1) mandi (1) manis (1) marah (1) masak (1) mata (2) media (1) Melawati (1) minta (1) mohon (1) muhammad al-fateh (1) mukmin (2) murtad (1) mush (1) muslim (2) mutiara (1) nabi (1) Najib (1) negara (1) negeri (2) neraka (1) nuklear (1) orang (1) padang (1) pagi (1) pahala (1) Pakatan (5) pandangan (1) panduan (1) parlimen (1) parti (1) pas (1) Pasangan (1) Pegawai (1) pelaburan (1) pelik (1) pelindung (1) pembesar (1) pemimpin (3) Pemuda (1) pendirian (1) penduduk (1) penghalang (1) Pengundian (1) penulis (1) Penyokong (1) perak (3) perbandingan (1) Perbezaan (1) percaya (1) perlembagaan (1) perlu (1) persandingan (1) Petra (1) petrol (1) petua (1) Piala (1) pilihan (2) pilihanraya (2) Pinang (1) pinda (1) pindaan (1) Polis (2) politik (1) PR (1) pramugari (1) proggrammer (1) Protes (1) puasa (3) puisi (3) Pulau (1) punk (1) Pusat (1) Putrajaya (1) qada (1) qadar (1) qiamullai (1) Ragad (1) rahmat (1) ramadhan (2) rasuah (1) rayuan (1) redup (1) rejab (1) rejam (1) resepi (1) ridzuan (1) rintangan (1) RM65000 (1) rombak (1) Rosli (1) rumah (1) runding (1) sabar (1) sahur (1) saladin (1) salahuddin (1) saman (1) Sambutan (1) saran (1) science (1) sedekah (1) sedih (1) seksi (1) Selamat Datang (1) selesai (1) sempit (1) semua (1) Semula (1) serah (1) seribu (1) seronok (1) siasat (2) Siasatan (1) silap (2) sistem (1) Skuad (1) soalan (1) sokongan (1) solat (2) solawat (1) sombong (1) spekulasi (1) Stadium (2) suami (1) suara (1) sunnah (2) surah (1) susu (1) syaitan (2) syurga (1) taat (1) tahanan (1) takwim (1) tanyanajib (1) tarikh (1) tawan (1) tazkirah (1) tegangkan (1) teladan (1) telefon (1) Tenaga (1) Tenang (1) tentukan (1) teragak (1) terawih (1) terima (1) terus (1) tidak (2) tidur (1) tips (1) tolak (1) tuhan (1) tunjuk (1) umono (1) undang-undang (1) unsur (1) ustaz (1) Utusan (1) video (1) wajar (1) wanita (1) wasiat (1) wuduk (1) wujud (1) zina (1)