Masukkan Email Anda Untuk Langganan Melalui Email:

Percuma Melalui FeedBurner

30 July 2009

Hajat Hambamu Pagi Ini

Ya Allah,
Hambamu ini berhajat kekuatan dari mu,
Untuk menghadapi kekalutan duniawi,
Untuk menundukkan gelojak nafsu,
Untuk bangun sujud 5 waktu perintahmu,

Ya Allah pekenankan doa hambamu ini.


---- 
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

26 July 2009

Ketahui Apa tu Dadah

Opiat
candu, morfin, heroin dan kodein
+bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan

Canabinoid
ganja, hashish dan marijuna
+semua bentuk dadah diperolehi dari pokok genus canabis. THC (Tetra Hydrocannibol)

Stimulan
phetamine kokain
+phetamine kokain (daun koka, paste koka, kokain freebase dan crack kokain).

Depresen
methaqualone, traquliser dan rohypnol.
+bahan perubatan, ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat.

Halusinagen
lysergic acid, hallucenogenic mushroom, dietthylamide (LSD), diymethyltrp tamine (DMT), phenlyclidine (PCP) dan ketamine.
+dadah asli dan sintetik, mengubah pandangan visual iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak.

psikotrapik (ATS)
methamplene, amphetamine,MDMA (Methylene Dioxymetham phetamine) dan pil ecstady (XTC)
+adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal.

Inhalant
gam, ubat nyamuk, minyak petrol, cat cair, thinner, cecair pemetik api, spray rambut, krim pencuci, marker pen dan lail-lain.
+tidak ditakrifkan sebagai dadah
+walaubagaimanapun, banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

25 July 2009

40 TIPS UNTUK JIMAT PETROL KERETA

1. Servis kereta ikut jadual - kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum

2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)

3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK )

4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan...

5. Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai sistem

6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear, tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau.

7. Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau terbakar sebab ada orang ajak race - kejar.. jgn tak kejar

8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu).

9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin.

10. Berkongsi kereta

11. Naik motor (4 lejang)

12. Naik Basikal

13. Naik pengangkutan awam

14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)

15. Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus - ringan maa... macam kereta klasik)

16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog

17. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa -
80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti !!!)

18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak

19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah

20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric)

21. Guna engin Electric (pakai bateri)

22. Gunakan tenaga solar

23. Kurangkan penggunaan air-con,

24. Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )

25. Buang Catalytic converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda

ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar beb)

26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari
yg brand baik punyeee, mesti marii)

27. Loweredkan kereta anda

28. Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la. Ini bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main sebab takut angin tembus

29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise

30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan,berak,mandi kat office lagi best.

31. Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang kene jemur.. masak dibuatnye.

32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak

33. Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja. Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio - power kereta dah fix, bila berat bertambah - nisbah meningkat dan penggunaan minyak pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan turunkan perut tu... .

34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin). Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95% block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda. Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum, minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan seseorang itu. Bila dah 'panas' mula la jadi samseng jalan raya.

35. Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin
kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan) menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking - gelapkan cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [fcp://@fc.ramunia.com,%2318476420/MailBox/_blank/home.howstuffworks.com/smart-window.htm
]http://home.howstuffworks.com/smart-window.htm

36. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter K&N
diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compressor.com) atau
Air Injector (www.air-injector.com)

38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.

39. Perbanyakkan stesen Petronas

40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

22 July 2009

30 Wasiat Untuk Wanita

  • Bacalah "Kawamil Ad Du'a"

  • Bermurahlah Dibulan Puasa

  • Ingatlah Wasiat Rasullullah Saw Utk Ali Dan Fatimah Ketika Menjelang Tido

  • Larangan Memakai Wangian Ketika Mendatangi Solat Dan Berjalan Dijalan

  • Jgnlah Berpegian Kecuali Didampingi Oleh Seorg Mahram

  • Bersabarlah Terhadap Musibah

  • Ingtlah Wasiat Rasullullah Terhadap Ummul Mukminim

  • Raihlah Pahala Besar

  • Pesanan Bagi Kaum Wanita Ditengah2 Perjalanan

  • Pakailah Azimat Dgn Kalimah2 Allah Swt

  • Perbaiki Keadaan Dirimu

  • Peliharalah Hubungan Baik Antara Sesama Perempuan

  • Teladani Keutamaan Aisyah Ra

  • Pelihara Anak-Anak Perempuanmu Dgn Sabar

  • Junjunglah Tinggi Etika Islam Yg Luhur

  • Waspadalah Terhadap Sesuatu Yg Mbatalkn Solatmu

  • Ketahuilah Hukum2 Agamamu

  • Jauhilah Sikap Berlebihan Dlm Agamamu

  • Penuhi Syarat2 Sah Solat

  • Hindari Pergaulan Bebas Yg Mbawa Kehancuran

  • Hindari Perkahwinan Tanpa Wali

  • Takutlah Dgn Perkataan Bohong

  • Hindarilah Olehmu Berpenampilan Didepan Suami Spt Penampilan Didepan Teman

  • Perhatikan Saudara Sepersusuanmu

  • Berbai'atlah Utk Tetap Dalam Imam Dan Ketaatan

  • Suamimu Adalah Syurga Dan Nerakamu

  • Segeralah Bertaubat

  • Ketahuilah Diantara Hukum2 Bersuci

  • Sambutlah Seruan Islam Utk Belajar

  • Camkanlah Wasiat Terakhir Ini
  • 12 July 2009

    Air Kosong

    Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

    Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

    Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

    Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

    • Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
    • Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
    • Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
    • Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
    minum untuk tempoh dua jam.
    • Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
    permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
    berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
    • Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

    1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
    2. Gastrik - 10 hari
    3. Diabetes – 30 hari
    4. Sembelit – 10 hari
    5. Kanser – 180 hari
    6. Tibi – 90 hari.

    Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

    09 July 2009

    Asal-Usul Negeri Perak

    Perak

    Pada zaman dahulu Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu Perak). Dikatakan ketiga-tiga ketua daerah ini telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bersetuju untuk menamakan ketiga-tiga daerah ini sebagai Perak mengambil sempena nama Bendahara Tun Perak. Ini adalah cerita versi Almarhum Sultan Idris.

    Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan nama negeri Perak ada kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah pergi meneroka membuka sebuah negeri baru. Putera itu telah sampai ke sebuah sungai besar dan terdapat pula tasik, melingkungi tiga atau empat buah pulau. Putera tersebut berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri... ", Lalu baginda memanah ke udara menggunakan sebilah anak panah yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila anak panah tersebut jatuh terjunam keatas sebuah daripada pulau-pulau yang berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya dinamakan Negeri Perak.


    KUALA KANGSAR

    Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang dulu2 telah tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang. Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.

    Pada zaman dulu, Kuala Kangsar adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercu tanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.

    Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang. Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.


    Pasir Salak - (tempat lahirnya semangat nasionalisme Melayu)

    Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak ialah sejenis buah , kulitnya berwarna cokelat, isi agak putih dan pokoknya seperti pokok nipah.

    Sungai merupakan nadi kehidupan masyarakat di tepi sungai sebagaimana penduduk Pasir Salak. Di sungai inilah penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan sungai, bot penambang, menghanyutkan buluh dan balak , mengangkut buah durian dan lain-lain buah-buahan ke Teluk Intan.

    Sungai Perak yang jernih jauh dari pencemaran air lombong bijih timah yang amat-amat keruh . Maka banyaklah pokok salak tumbuh liar dan sesetengahnya ditanam.

    02 July 2009

    Isteri Kesayangan ku

    Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

    Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


    To : Isteri kesayanganku
    Date : 16 May 2002

    Subject : Abang telah selamat sampai

    Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

    Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

    Etiquetas

    adab (1) adil (1) air (1) akhirat (1) al-ayubi (1) al-hadid (1) al-ikhlas (1) alim (1) allah (3) arafah (1) asam (1) awan (1) ayat (2) bakhil (1) Bakun (2) bandar (1) bangunkan (1) bantah (1) Barang (1) bayar (1) Bedah (1) belasah (1) belum (1) benar (1) Benarkan (1) berbeza (1) berdemo (1) berfikiran (1) berjemaah (1) bersih (1) bersiwak (1) Biasa (1) Bimbang (1) bimbit (1) binatang (1) bincang (2) bismillah (1) BN (1) bohong (1) boleh (1) bongkak (1) Budaya (1) bukit (2) bulan (1) Cabang (1) cabar (1) cadang (1) Calon (1) cantas (1) cara (1) cerita (1) dadah (1) Dahlan (1) dakwa (1) dalam (2) dalaman (1) dap (1) darul (1) dengan (2) dhuha (1) dialog (2) dibatalkan (1) diberi (1) dibunuh (1) didakwa (1) dimansuh (1) dinar (1) dipukul (1) dirampas (1) Diskaun (1) ditangguh (1) diumum (1) domestik (1) dos attack (1) dosa (1) Dr. Lo Lo (1) duit (1) duri (1) explain (1) express (1) fadhilat (1) fakta (2) firefox (1) fobia (1) galak (1) gambar (1) gantang (2) gigi (1) god (1) golongan (1) gosok (1) H1N1 (1) hak (1) halang (1) hamdalah (1) handphone (1) hanya (1) hapuskan (1) Harga (1) Harimau (1) hartini (1) hati (1) hikmah (1) hitam (1) hudud (2) hujan (1) hukum (1) Hutang (1) iblis (2) ibu (1) ikan (1) Interlok (1) Internet (1) isa (1) isteri (1) istigfar (2) jalan (1) Jambatan (1) Januari (1) jejaskan (1) jenayah (1) jibril (1) jimat (1) Jurucakap (1) jurugambar (1) kafir (1) kahwin (1) kaki (1) kata (1) kawal (1) kawasan (1) keadilan (1) kecil (2) Kedah (1) kedua (1) kejahatan (1) kelakar (1) kematian (1) kembali (1) kemudian (1) Kenaikkan (1) kenderaan (1) kepala (1) kerajaan (1) kerapu (1) keras (1) kereta (1) keselamatan (1) kesihatan (2) ketua (1) khasiat (2) khidmat (1) khuatir (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (1) kjaan (2) komputer (1) korup (1) kosong (1) kursi (1) lada (1) laksana (1) langkah (1) Lantikan (1) Larang (1) lawak (1) Lebih (1) Libya (1) logik (1) maha esa (1) Mahkamah (1) mahsyar (1) Malaya (1) Malaysia (1) Malaysiakini (1) mandi (1) manis (1) marah (1) masak (1) mata (2) media (1) Melawati (1) minta (1) mohon (1) muhammad al-fateh (1) mukmin (2) murtad (1) mush (1) muslim (2) mutiara (1) nabi (1) Najib (1) negara (1) negeri (2) neraka (1) nuklear (1) orang (1) padang (1) pagi (1) pahala (1) Pakatan (5) pandangan (1) panduan (1) parlimen (1) parti (1) pas (1) Pasangan (1) Pegawai (1) pelaburan (1) pelik (1) pelindung (1) pembesar (1) pemimpin (3) Pemuda (1) pendirian (1) penduduk (1) penghalang (1) Pengundian (1) penulis (1) Penyokong (1) perak (3) perbandingan (1) Perbezaan (1) percaya (1) perlembagaan (1) perlu (1) persandingan (1) Petra (1) petrol (1) petua (1) Piala (1) pilihan (2) pilihanraya (2) Pinang (1) pinda (1) pindaan (1) Polis (2) politik (1) PR (1) pramugari (1) proggrammer (1) Protes (1) puasa (3) puisi (3) Pulau (1) punk (1) Pusat (1) Putrajaya (1) qada (1) qadar (1) qiamullai (1) Ragad (1) rahmat (1) ramadhan (2) rasuah (1) rayuan (1) redup (1) rejab (1) rejam (1) resepi (1) ridzuan (1) rintangan (1) RM65000 (1) rombak (1) Rosli (1) rumah (1) runding (1) sabar (1) sahur (1) saladin (1) salahuddin (1) saman (1) Sambutan (1) saran (1) science (1) sedekah (1) sedih (1) seksi (1) Selamat Datang (1) selesai (1) sempit (1) semua (1) Semula (1) serah (1) seribu (1) seronok (1) siasat (2) Siasatan (1) silap (2) sistem (1) Skuad (1) soalan (1) sokongan (1) solat (2) solawat (1) sombong (1) spekulasi (1) Stadium (2) suami (1) suara (1) sunnah (2) surah (1) susu (1) syaitan (2) syurga (1) taat (1) tahanan (1) takwim (1) tanyanajib (1) tarikh (1) tawan (1) tazkirah (1) tegangkan (1) teladan (1) telefon (1) Tenaga (1) Tenang (1) tentukan (1) teragak (1) terawih (1) terima (1) terus (1) tidak (2) tidur (1) tips (1) tolak (1) tuhan (1) tunjuk (1) umono (1) undang-undang (1) unsur (1) ustaz (1) Utusan (1) video (1) wajar (1) wanita (1) wasiat (1) wuduk (1) wujud (1) zina (1)