Masukkan Email Anda Untuk Langganan Melalui Email:

Percuma Melalui FeedBurner

25 November 2009

Hazard Light

Pastinya anda sudah biasa melihat pemandu lain (atau diri anda sendiri) memasang hazard lights atau lampu kecemasan semasa hujan lebat dan kenderaan terus dipandu waima perlahan-lahan.

Persoalannya, apakah tindakan ini menepati peraturan lalu lintas? Jawapannya, tidak.

Hazard Lights mengikut peraturan JPJ ialah bermakna dinyalakan tatkala kenderaan yang dipandu itu berdepan dengan bahaya mendadak lalu memperlahan dan berhenti. Tetapi perkara asas ialah penyalaan lampu kecemasan ini hendaklah semasa kenderaan berhenti dan tidak bergerak langsung.

Pihak berkuasa lalu lintas sama ada JPJ atau polis boleh mengenakan saman seandainya pemandu didapati meneruskan perjalanan menggunakan hazard lights.

Malangnya, sama seperti banyak perkara lain - definisi hazard lights ini telah di-Malaysia-kan iaitu bila hujan lebat, hazard lights dinyalakan dan kereta terus dipandu terus menerus sehingga tiba ke lokasi hujan berhenti. Kereta berkenaan lazimnya dipandu dalam kelajuan yang sangat rendah.

Keadaan itu menyebabkan masalah khususnya bagi kenderaan lain yang dipacu lebih laju. Dalam keadaan yang pemandangan kurang jelas, tiba-tiba kereta yang dinyalakan di hadapan rupa-rupanya bukan berhenti. Bayangkan tatkala hendak memotong kereta yang disangkat berhenti itu, tetapi sebenarnya bergerak, boleh mengakibatkan hitungan jarak memotong menjadi silap. Ini bermakna kemalangan.

Ada yang berhujah bahawa memasang lampu kecemasan semasa hujan lebat, sambil pemanduan diteruskan wajar diteruskan. Ini kerana bagi mereka, pemandu lain akan lebih jelas melihat mereka semasa hujan lebat. Hujah ini sangat songsang kerana ia menyokong kaedah meneruskan pemanduan sambil menyalakan lampu kecemasan.

Sedangkan peraturan asas ialah bila memasang lampu tersebut, kereta hendaklah statik. Seandainya mahu meneruskan juga perjalanan, nyalakan lampu utama kenderaan. Atau jika was-was, berhentilah sebentar di kawasan rehat berhampiran.

Namun untuk menghalalkan penyalaan lampu kecemasan sambil meneruskan pemanduan, adalah salah di sisi undang-undang. Janganlah berhujah lagi jika anda disaman bila berbuat demikian. Ketahui peraturan dan hormatinya. Jangan huraikan definisinya ikut sedap rasa. Bila kemalangan, kereta sendiri yang binasa.

23 November 2009

Bapak Buat Silat Mata

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

22 November 2009

Kelebihan Hari Arafah

Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dari bulan Zulhijjah yang mana bagi jemaah haji mereka diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana. Bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadat haji , disunatkan berpuasa. Pada hari ini juga disunatkan untuk mengumandangkan takbir. Di sini akan disebutkan beberapa hadis yang menyatakan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah sebagai suntikan semangat dalam menambahkan amalan sebagai bekal di hari akhirat nanti.Ingatlah dunia ini hanya sementara dan mestilah digunakan untuk mencari sebanyak mungkin bekal sebelum tibanya hari kematian sebagai tiket utama menuju negeri akhirat yang kekal abadi.

Daripada Sayyidatina 'Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Tiada daripada hari yang lebih ramai daripada membebaskan Allah padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?

- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Nasai'e, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Darqatni, Hakim dan al-Baihaqi -
Daripada Jabir telah berkata : telah bersabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Apabila tiba hari Arafah maka sesungguhnya Allah telah memuji dengan mereka para malaikat maka kataNya : lihatlah kepada hamba-hambaKu yang telah datang padaKu dengan berdebu dalam keadaan berduyun-duyun daripada setiap pelusuk, Aku bersaksi depan kamu(malaikat) bahawa Aku telah mengampuni mereka. Maka kata malaikat : Sesungguhnya ada di kalangan mereka pulan telah baligh dan pulan.Sabda baginda lagi : Allah berfirman: sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka. Sabda Rasulullah S.A.W : maka tiada daripada hari lebih ramai orang yang bebas daripada neraka daripada hari Arafah.

- Hadis isnadnya sohih dikeluarkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi-
Hadis-hadis ini menunjukkan kepada kita mengenai kelebihan hari Arafah samada kepada mereka yang mrenunaikan fardhu haji atau pun tidak. Allah mengampuni dosa hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat serta mengabulkan segala doa dan permintaan daripada hamba-hambaNya. Allah begitu bangga dengan hamba-hambaNya yang beramal soleh dan sentiasa bertaubat. Oleh itu, muhasabahkanlah diri kita samada kita termasuk dalam golongan yang sentiasa beramal soleh dan bertaubat atau pun hanya melakukan amalan sambil lewa dan penuh kemalasan. Ingatlah kepada hari mati dan hari pembalasan yang mana setiap amalan samada baik atau pun buruk walau sekecil zarah pun akan ditayangkan oleh Allah di depan khalayak ramai. Jika amalan baik tidaklah perlu dipersoalkan tetapi jika amalan buruk dan maksiat ditayangkan bagaimana perasaan kita ketika itu?. Kita tidak boleh menafikan lagi segala perbuatan maksiat yang dilakukan malah setiap angggota kita akan menjadi saksi kepada segala perbuatan yang dilakukan di dunia ini. Insaflah wahai sahabat-sahabatku!

21 November 2009

Malaikat Jibril Dan Mikail Menangis (Kisah Syaitan Laknatullah)

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata,
"Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."


Lalu Allah S..W.T berfirman yang maksudnya,
"Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya. Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Apakah yang membuat kamu menangis?"
Lalu mereka menjawab,
"Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."


Firman Allah bagi bermaksud,
"Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."


Setelah diusir, maka iblis pun berkata,
"Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu. "


Lalu Allah berfirman yang bermaksud,
"Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "
Tambahkanlah lagi untukku."
Allah berfirman yang maksudnya,
"Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."


Berkata iblis lagi,
"Tambahkanlah lagi untukku."
Lalu Allah berfirman dengan maksud,
"Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."


Berkata iblis lagi,
"Tambahkanlah lagi untukku."
Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud,
"Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu , baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."


"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."
(Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :
"Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

20 November 2009

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.

kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti…
1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu —-> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer …… dan paste skrip berikut ———–> nglayout.initialpaint.delay ………….. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada —–> 0
kalau masih tidak suka dgn kelajuannya… cuba yg ini pula, type skali lagi —-> about:config
1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining network.http.proxy.pipelining network.http.pipelining.
maxrequests
2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -
network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.
maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)
3. pastu type skali lg —–> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut —>
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)
kita boleh test… sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba……

Etiquetas

adab (1) adil (1) air (1) akhirat (1) al-ayubi (1) al-hadid (1) al-ikhlas (1) alim (1) allah (3) arafah (1) asam (1) awan (1) ayat (2) bakhil (1) Bakun (2) bandar (1) bangunkan (1) bantah (1) Barang (1) bayar (1) Bedah (1) belasah (1) belum (1) benar (1) Benarkan (1) berbeza (1) berdemo (1) berfikiran (1) berjemaah (1) bersih (1) bersiwak (1) Biasa (1) Bimbang (1) bimbit (1) binatang (1) bincang (2) bismillah (1) BN (1) bohong (1) boleh (1) bongkak (1) Budaya (1) bukit (2) bulan (1) Cabang (1) cabar (1) cadang (1) Calon (1) cantas (1) cara (1) cerita (1) dadah (1) Dahlan (1) dakwa (1) dalam (2) dalaman (1) dap (1) darul (1) dengan (2) dhuha (1) dialog (2) dibatalkan (1) diberi (1) dibunuh (1) didakwa (1) dimansuh (1) dinar (1) dipukul (1) dirampas (1) Diskaun (1) ditangguh (1) diumum (1) domestik (1) dos attack (1) dosa (1) Dr. Lo Lo (1) duit (1) duri (1) explain (1) express (1) fadhilat (1) fakta (2) firefox (1) fobia (1) galak (1) gambar (1) gantang (2) gigi (1) god (1) golongan (1) gosok (1) H1N1 (1) hak (1) halang (1) hamdalah (1) handphone (1) hanya (1) hapuskan (1) Harga (1) Harimau (1) hartini (1) hati (1) hikmah (1) hitam (1) hudud (2) hujan (1) hukum (1) Hutang (1) iblis (2) ibu (1) ikan (1) Interlok (1) Internet (1) isa (1) isteri (1) istigfar (2) jalan (1) Jambatan (1) Januari (1) jejaskan (1) jenayah (1) jibril (1) jimat (1) Jurucakap (1) jurugambar (1) kafir (1) kahwin (1) kaki (1) kata (1) kawal (1) kawasan (1) keadilan (1) kecil (2) Kedah (1) kedua (1) kejahatan (1) kelakar (1) kematian (1) kembali (1) kemudian (1) Kenaikkan (1) kenderaan (1) kepala (1) kerajaan (1) kerapu (1) keras (1) kereta (1) keselamatan (1) kesihatan (2) ketua (1) khasiat (2) khidmat (1) khuatir (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (1) kjaan (2) komputer (1) korup (1) kosong (1) kursi (1) lada (1) laksana (1) langkah (1) Lantikan (1) Larang (1) lawak (1) Lebih (1) Libya (1) logik (1) maha esa (1) Mahkamah (1) mahsyar (1) Malaya (1) Malaysia (1) Malaysiakini (1) mandi (1) manis (1) marah (1) masak (1) mata (2) media (1) Melawati (1) minta (1) mohon (1) muhammad al-fateh (1) mukmin (2) murtad (1) mush (1) muslim (2) mutiara (1) nabi (1) Najib (1) negara (1) negeri (2) neraka (1) nuklear (1) orang (1) padang (1) pagi (1) pahala (1) Pakatan (5) pandangan (1) panduan (1) parlimen (1) parti (1) pas (1) Pasangan (1) Pegawai (1) pelaburan (1) pelik (1) pelindung (1) pembesar (1) pemimpin (3) Pemuda (1) pendirian (1) penduduk (1) penghalang (1) Pengundian (1) penulis (1) Penyokong (1) perak (3) perbandingan (1) Perbezaan (1) percaya (1) perlembagaan (1) perlu (1) persandingan (1) Petra (1) petrol (1) petua (1) Piala (1) pilihan (2) pilihanraya (2) Pinang (1) pinda (1) pindaan (1) Polis (2) politik (1) PR (1) pramugari (1) proggrammer (1) Protes (1) puasa (3) puisi (3) Pulau (1) punk (1) Pusat (1) Putrajaya (1) qada (1) qadar (1) qiamullai (1) Ragad (1) rahmat (1) ramadhan (2) rasuah (1) rayuan (1) redup (1) rejab (1) rejam (1) resepi (1) ridzuan (1) rintangan (1) RM65000 (1) rombak (1) Rosli (1) rumah (1) runding (1) sabar (1) sahur (1) saladin (1) salahuddin (1) saman (1) Sambutan (1) saran (1) science (1) sedekah (1) sedih (1) seksi (1) Selamat Datang (1) selesai (1) sempit (1) semua (1) Semula (1) serah (1) seribu (1) seronok (1) siasat (2) Siasatan (1) silap (2) sistem (1) Skuad (1) soalan (1) sokongan (1) solat (2) solawat (1) sombong (1) spekulasi (1) Stadium (2) suami (1) suara (1) sunnah (2) surah (1) susu (1) syaitan (2) syurga (1) taat (1) tahanan (1) takwim (1) tanyanajib (1) tarikh (1) tawan (1) tazkirah (1) tegangkan (1) teladan (1) telefon (1) Tenaga (1) Tenang (1) tentukan (1) teragak (1) terawih (1) terima (1) terus (1) tidak (2) tidur (1) tips (1) tolak (1) tuhan (1) tunjuk (1) umono (1) undang-undang (1) unsur (1) ustaz (1) Utusan (1) video (1) wajar (1) wanita (1) wasiat (1) wuduk (1) wujud (1) zina (1)