Masukkan Email Anda Untuk Langganan Melalui Email:

Percuma Melalui FeedBurner

23 December 2009

Wanita Mencari Jodoh: Ciri2 Calon Suami Yang Ideal

Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”


(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Inidisebabkan wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikanpengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isterimereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya.

Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesanburuk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”
.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat - tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawabterhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab,

“Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.


Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk


Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripadamenikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan kahwinkanlah orangorang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya,kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”
. (an-Nur: 32). “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.
“Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

07 December 2009

Syaitan Cetus Sifat Marah


MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.


Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

"Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

# Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

# Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

# Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

* Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

* Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

* Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

* Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

* Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Etiquetas

adab (1) adil (1) air (1) akhirat (1) al-ayubi (1) al-hadid (1) al-ikhlas (1) alim (1) allah (3) arafah (1) asam (1) awan (1) ayat (2) bakhil (1) Bakun (2) bandar (1) bangunkan (1) bantah (1) Barang (1) bayar (1) Bedah (1) belasah (1) belum (1) benar (1) Benarkan (1) berbeza (1) berdemo (1) berfikiran (1) berjemaah (1) bersih (1) bersiwak (1) Biasa (1) Bimbang (1) bimbit (1) binatang (1) bincang (2) bismillah (1) BN (1) bohong (1) boleh (1) bongkak (1) Budaya (1) bukit (2) bulan (1) Cabang (1) cabar (1) cadang (1) Calon (1) cantas (1) cara (1) cerita (1) dadah (1) Dahlan (1) dakwa (1) dalam (2) dalaman (1) dap (1) darul (1) dengan (2) dhuha (1) dialog (2) dibatalkan (1) diberi (1) dibunuh (1) didakwa (1) dimansuh (1) dinar (1) dipukul (1) dirampas (1) Diskaun (1) ditangguh (1) diumum (1) domestik (1) dos attack (1) dosa (1) Dr. Lo Lo (1) duit (1) duri (1) explain (1) express (1) fadhilat (1) fakta (2) firefox (1) fobia (1) galak (1) gambar (1) gantang (2) gigi (1) god (1) golongan (1) gosok (1) H1N1 (1) hak (1) halang (1) hamdalah (1) handphone (1) hanya (1) hapuskan (1) Harga (1) Harimau (1) hartini (1) hati (1) hikmah (1) hitam (1) hudud (2) hujan (1) hukum (1) Hutang (1) iblis (2) ibu (1) ikan (1) Interlok (1) Internet (1) isa (1) isteri (1) istigfar (2) jalan (1) Jambatan (1) Januari (1) jejaskan (1) jenayah (1) jibril (1) jimat (1) Jurucakap (1) jurugambar (1) kafir (1) kahwin (1) kaki (1) kata (1) kawal (1) kawasan (1) keadilan (1) kecil (2) Kedah (1) kedua (1) kejahatan (1) kelakar (1) kematian (1) kembali (1) kemudian (1) Kenaikkan (1) kenderaan (1) kepala (1) kerajaan (1) kerapu (1) keras (1) kereta (1) keselamatan (1) kesihatan (2) ketua (1) khasiat (2) khidmat (1) khuatir (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (1) kjaan (2) komputer (1) korup (1) kosong (1) kursi (1) lada (1) laksana (1) langkah (1) Lantikan (1) Larang (1) lawak (1) Lebih (1) Libya (1) logik (1) maha esa (1) Mahkamah (1) mahsyar (1) Malaya (1) Malaysia (1) Malaysiakini (1) mandi (1) manis (1) marah (1) masak (1) mata (2) media (1) Melawati (1) minta (1) mohon (1) muhammad al-fateh (1) mukmin (2) murtad (1) mush (1) muslim (2) mutiara (1) nabi (1) Najib (1) negara (1) negeri (2) neraka (1) nuklear (1) orang (1) padang (1) pagi (1) pahala (1) Pakatan (5) pandangan (1) panduan (1) parlimen (1) parti (1) pas (1) Pasangan (1) Pegawai (1) pelaburan (1) pelik (1) pelindung (1) pembesar (1) pemimpin (3) Pemuda (1) pendirian (1) penduduk (1) penghalang (1) Pengundian (1) penulis (1) Penyokong (1) perak (3) perbandingan (1) Perbezaan (1) percaya (1) perlembagaan (1) perlu (1) persandingan (1) Petra (1) petrol (1) petua (1) Piala (1) pilihan (2) pilihanraya (2) Pinang (1) pinda (1) pindaan (1) Polis (2) politik (1) PR (1) pramugari (1) proggrammer (1) Protes (1) puasa (3) puisi (3) Pulau (1) punk (1) Pusat (1) Putrajaya (1) qada (1) qadar (1) qiamullai (1) Ragad (1) rahmat (1) ramadhan (2) rasuah (1) rayuan (1) redup (1) rejab (1) rejam (1) resepi (1) ridzuan (1) rintangan (1) RM65000 (1) rombak (1) Rosli (1) rumah (1) runding (1) sabar (1) sahur (1) saladin (1) salahuddin (1) saman (1) Sambutan (1) saran (1) science (1) sedekah (1) sedih (1) seksi (1) Selamat Datang (1) selesai (1) sempit (1) semua (1) Semula (1) serah (1) seribu (1) seronok (1) siasat (2) Siasatan (1) silap (2) sistem (1) Skuad (1) soalan (1) sokongan (1) solat (2) solawat (1) sombong (1) spekulasi (1) Stadium (2) suami (1) suara (1) sunnah (2) surah (1) susu (1) syaitan (2) syurga (1) taat (1) tahanan (1) takwim (1) tanyanajib (1) tarikh (1) tawan (1) tazkirah (1) tegangkan (1) teladan (1) telefon (1) Tenaga (1) Tenang (1) tentukan (1) teragak (1) terawih (1) terima (1) terus (1) tidak (2) tidur (1) tips (1) tolak (1) tuhan (1) tunjuk (1) umono (1) undang-undang (1) unsur (1) ustaz (1) Utusan (1) video (1) wajar (1) wanita (1) wasiat (1) wuduk (1) wujud (1) zina (1)