PM: K'jaan bangunkan semua kawasan luar bandar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan akan terus memberi perhatian serius kepada pembangunan di semua kawasan luar bandar.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Petunjuknya ialah dengan peruntukan besar diberikan bagi melaksanakan lebih banyak projek pembangunan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan program-program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," kata Najib sebelum merasmikan pembukaan klinik Kesihatan Belaga berharga RM46 juta, di Belaga.

"Kerajaan juga sedar bahawa ia akan menelan lebih banyak belanja untuk membawa lebih banyak projek pembangunan ke kawasan luar bandar terutamanya kerana kos pengangkutan dan jarak jauh yang terbabit seperti di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.

"Tetapi semua itu tidak akan menjadi penghalang kerana ia adalah untuk manfaat rakyat," katanya.

Sebagai balasannya, katanya, kawasan seperti ini sentiasa menjadi kubu kuat kerajaan sejak zaman merdeka.

bakun dam special report logging site 070910"Secara peribadi, saya juga sentiasa gembira apabila melawat kawasan pedalaman. Ia memberi saya kepuasan sebenar kerana saya dapat mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang kampung," katanya.

Mengulas Belaga yang juga tempat pembinaan empangan Bakun bernilai RM7.3 bilion dan tidak lama lagi empangan Murut bernilai RM3 bilion, beliau berkata ia bukan satu tempat yang mudah untuk dilawati.

Katanya, pada mulanya beliau ragu-ragu jika dapat terbang ke tempat ini disebabkan keadaan cuaca yang tidak baik pagi ini yang menyebabkan jadual kedatangannya menjadi lewat.

Najib kemudian mengumumkan beberapa projek bagi faedah lebih 28,000 penduduk di daerah ini.

NONEProjek pertama ialah pembinaan bandar Belaga/Jalan Bakun bagi manfaat kira-kira 15,000 orang yang akan dilaksanakan oleh pasukan tentera di bawah projek Jiwa Murni.

"Kerajaan pusat akan memperuntukkan sejumlah RM62 juta bagi jalan sepanjang 35 kilometer yang memang benar-benar diperlukan yang akan mula dibina menjelang bulan depan.

Satu lagi ialah projek bekalan air bernilai RM35 juta bagi bandar Belaga sendiri yang kini di dalam proses pelaksanaan dan akan siap menjelang Oktober 2012," katanya.

Najib juga mengumumkan pembinaan sebuah jambatan keluli pasang siap bernilai RM2.7 juta bagi menyeberangi Sungai Linau di Lusong Laku yang juga akan dijalankan oleh pasukan tentera melalui Projek Jiwa Murni.

NONEMengulas permintaan untuk sebuah bank komersial, beliau berkata Kumpulan Maybank akan memulakan satu kaunter di Belaga dalam jangka masa tiga bulan manakala Bank Simpanan Nasional akan mewujudkan cawangan barunya menjelang akhir tahun ini.

Sementara iu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan mereka dalam masa yang makmur.

Mengenai klinik baru itu, Najib berkata kerajaan akan melengkapkannya dengan mesin X-ray dan menempatkan seorang pegawai perubatan residen.

Najib, yang diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kemudian ke skim penempatan Sungai Asap di mana beliau akan bertemu orang ramai di rumah panjang Uma Belor.

- Bernama


View the original article here