Masukkan Email Anda Untuk Langganan Melalui Email:

Percuma Melalui FeedBurner

21 January 2011

Dialog Pemuda PAS saran runding pinda Interlok

Perbincangan berhubung novel Interlok anjuran Pemuda PAS akhirnya menemui kesepakatan untuk membuat beberapa pindaan yang munasabah terhadap karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu.

NONEBagaimanapun, menurut ketua penerangannya Suhaizan Kaiat (kanan), usaha itu hendaklah dibuat melalui panel yang menghimpunkan pakar budaya dan masyarkat India serta mendapat persetujuan pengarang terlebih dahulu.

"Pertemuan ini juga sekali lagi mempertegaskan bahawa tindakan membakar novel Interlok adalah suatu tindakan yang sangat tidak wajar dan boleh membawa ketidakharmonian antara kaum.

"Suatu pertemuan dengan menteri pelajaran akan di adakan dalam waktu terdekat bagi menyerahkan hasil pertemuan ini kepada pihak kerajaan," katanya yang bertindak sebagai moderator dalam pertemuan kedua anjuran Pemuda PAS di Bangi Kelmarin.

Pertemuan itu susulan yang pertama pada 13 Januari lalu melibatkan lebih sepuluh NGO, antaranya Seniman Paksi Rakyat Malaysia(PAKSI), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Makkal Sakti.

Dalam satu kenyataan, Suhaizan berkata, perbincangan pada Selasa lalu melibatkan golongan budayawan dan aktivis India itu turut menyarankan supaya Interlok (naskah pelajar) dimasukkan lampiran ulasan dan diperlengkap glosori sedia ada.

Dapatan tidak diketahui

Katanya, dalam pertemuan itu, setiap kumpulan membentangkan kertas kerja masing-masing dan terjadi perbincangan hangat sekitar cadangan mengugurkan Interlok daripada menjadi buku teks tingkatan lima.

"Setiap kumpulan mempunyai hujah masing-masing. Setiap kumpulan sangat mengormati antara satu sama lain," kata Suhaizan lagi.

NONESementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau juga memberitahu, usaha mewujudkan panel pakar itu hendaklah dilakukan oleh kerajaan, bukan oleh parti politik dan NGO lagi.

"Kita sudah selesaikan kerja kita," katanya sambil menambah perbicangan anjurannya minggu lalu itu adalah yang terakhir.

Ditanya kewajaran diadakan panel itu memandangkan kementerian pelajaran sudah menubuhkan panel sendiri untuk membincangkannya, Suhaizan menjawab:

"Masalahnya kita tidak tahu dapatan panel itu setakat ini, terima atau tak terima (cadangan).

Beliau berharap, sebarang proses perbincangan telus dan dimaklumkan kepada semua pihak berkaitan.


View the original article here

Bedah siasat kedua ke atas kes mati dalam tahanan

Mayat M Krishnan, mangsa yang mati ketika dalam tahanan polis pada 7 Januari, hari ini dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) pada jam 10.19 pagi bagi bedah siasatan kedua.

NONEBedah siasat itu akan dijalankan oleh ketua Unit Patologi, hospital berkenaan Dr K Mathiharen.

Ia dijangka dumulakan sebaik sahaja balu mangsa, P Revathi mengesahkan mayat itu adalah suaminya dan diikuti taklimat ringkas oleh Dr Mathiharen.

Hadir sama pada sesi bedah siasat itu adalah peguam yang mewakili keluarga mangsa - N Surendran dan Gurmit Singh Hullon.

Krishnan, 37, seorang juruelektrik, ditangkap polis pada 2 Januari lalu di sebuah pangsapuri di Taman Miharja, Cheras bersama empat yang lain atas dakwaan memiliki dadah.

NONENamun isterinya, Revathi, 37, seorang suri rumah tangga menafikan suaminya terbit dengan kegiatan dadah.

Krishnan, bapa kepada enam orang anak dalam lingkungan lapan dan 17 tahun dijumpai mati pada 7 Januari lalu di lokap balai polis Bukit Jalil.

Dua hari lalu, polis dan pejabat peguam negara membenarkan permohonan keluarga mangsa supaya bedah siasat kedua dijalankan dan kebenaran itu dirakamkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Laporan bedah siasat pertama yang dijalankan di HUKM menyatakan mangsa mati akibat ulser di perut.

Namun, keluarga Krishnan mendakwa terdapat kesan lebam di seluruh badan mangsa dan terdapat luka di bahagian kanan abdomen dan bahagian kanan matanya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Larang logo Pakatan - SPR berfikiran sempit, kata PAS

Tindakan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) melarang lambang parti dan gambar pemimpinnya yang tidak bertanding dipamerkan dianggap sebagai berfikiran sempit.

“Mengapa SPR terlalu sempit cara berfikirnya?” soal ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.

NONEMenurutnya, calon atau wakil calon sepatutnya diberi hak menentukan bahan kempen pilihan mereka.

“Jika calon atau wakil calon beranggapan bahawa lambang dan gambar pemimpin PAS, DAP, PKR sebagai bahan kempen mereka. SPR sepatutnya menghormati hak kebebasan ini,” katanya.

Suhaizan berkata perkara 24B(4) Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar semasa taklimat kepada kakitangan dan wakil parti-parti bertanding di Pejabat Majlis Daerah Labis bagi persiapan menghadapi pilihanraya kecil Tenang.

Berjiwa besar

Dalam taklimat itu, SPR melarang sebarang lambang parti dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding dipamerkan semasa tempoh berkempen.

NONESuhaizan berkata, SPR seharusnya terbuka dan berjiwa besar melayani pelanggan mereka.

“Kita bukan mahu melantik pengawas sekolah. Kita mahu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Janganlah mentafsirkan undang-undang yang boleh ditertawakan oleh kanak-kanak sekolah,” katanya.

Menurutnya, apa yang dinyatakan oleh SPR itu memberi maksud bahawa jika PAS menjadi wakil Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang selepas penaman calon pada 22 Januari ini, maka lambang parti DAP dan PKR serta gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sing tidak dibenarkan semasa tempoh berkempen.

NONEKatanya, yang dibenarkan hanya lambang parti PAS dan gambar pemimpin PAS seperti gambar Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat dan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sahaja yang dibenarkan semasa tempoh berkempen berkenaan.

Ini, katanya kerana alasan yang diberikan oleh SPR adalah parti-parti pembangkang PAS, DAP dan PKR masih tidak lagi mendaftar sebagai parti gabungan seperti BN.

Deposit pilihan raya

“Persoalannya bagaimana pemimpin parti pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang boleh berkempen tetapi gambarnya tidak boleh dipasang dan lambang partinya tidak boleh dipasang?” soalnya.

NONEKatanya, jika SPR mempunyai tafsiran bahawa hanya parti yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen sahaja yang boleh meletakkan lambangnya, maka sepatutnya Anwar dan Lim tidak dibenarkan berkempen di sana.

SPR berpendapat memasang lambang dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya (Akta 5).

Katanya, lagi SPR membuat tafsiran bahawa lambang dan gambar pemimpin Umno, MCA dan MIC dibenarkan dalam pilihan raya kerana mereka sudah bergabung dalam BN sedangkan penggabungan PAS, DAP dan PKR belum disahkan oleh pendaftar pertubuhan sebagai satu parti gabungan Pakatan Rakyat.

NONESuhaizan berkata pihaknya memaklumi bahawa PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses mendaftarkan sebagai parti gabungan Pakatan.

“Ini memberi maksud bahawa PAS, DAP dan PKR merupakan ahli-ahli gabungan Pakatan yang sedang menanti pihak kerajaan meluluskan sebagai badan gabungan.Oleh itu sudah sewajarnya SPR melayan sama rata antara BN dan Pakatan,” katanya.

Menurutnya, masalah yang dibangkit adalah terlalu kecil dan telah bermula sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang lagi dan sepatutnya SPR lebih pro aktif mengatasi masalah berkenaan.

NONE“SPR seharusnya lebih pro aktif mengatasi masalah ini. SPR seharusnya memikirkan isu-isu yang lebih besar lagi seperti penghapusan undi pos, penggunaan dakwat hitam, pendaftaran secara automatik, pembersihan daftar pemilih dan pengawalan keadah berkempen media arus perdana.

“SPR tidak perlulah membuat tafsiran-tafsiran undang-undang yang pelik sehingga rakyat bosan dan beranggapan SPR memihak kepada parti-parti tertentu dalam negara ini,” katanya.


View the original article here

Dr M: Malaysia perlu galak pelaburan domestik

Malaysia perlu lebih bergantung kepada pelaburan domestik daripada pelaburan langsung asing (FDI) bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sudah terdapat banyak syarikat tempatan yang kini berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui pelaburan domestik mereka.

mahathir responses to suaram report 01"Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada FDI kerana sekarang kita sudah tidak memperolehi banyak FDI," katanya semasa berucap pada Ceramah Malaysia 2020 di sebuah pusat peranginan di Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dr Mahathir yang dalam lawatan dua hari ke Melaka bermula hari ini berkata, terdapat lebih 14 syarikat besar tempatan yang keupayaan operasinya sehingga ke luar negara boleh membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, bagi menggalakkan pelaburan domestik, kerajaan perlu memberi insentif seperti pengecualian atau pengurangan cukai sebagai dorongan untuk syarikat tempatan lebih berjaya.

Beliau yang yakin Malaysia akan mencapai matlamat negara maju menjelang 2020, wawasan yang dicetuskan beliau pada 1990, berkata negeri-negeri yang belum mencapai status negeri maju perlu giat berusaha termasuk memajukan aset yang terdapat di negeri masing-masing.

Katanya, rakyat juga perlu membantu kerajaan bagi mencapai wawasan berkenaan, antaranya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menjadi pekerja mahir berpendapatan tinggi.

- Bernama


View the original article here

Utusan lwn Hata: Siasatan dalaman ditangguh

Nasib Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari masih tergantung apabila siasatan dalaman terhadapnya oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

Hata (kiri) melangkah ke Pusat Latihan Utusan di mana prosiding itu berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.


Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.


"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.


Sementara Anbalagan pula mendakwa majikan Hata tidak menjalankan prosedur itu dengan sempurna.


NONE"Saya percaya dia (Mohd Basir) memihak dan menentang saya mewakili Hata bagi memastikan beliau bersalah, seterusnya mencadangkan hukuman berat.


"Tidak dinyatakan dalam perjanjian bersama Utusan yang melarang orang luar dariapda mewakili tertuduh," kata Anbalagan kepada pengerusi siasatan itu.


Hata dipanggil mengadap siasatan dalaman Utusan kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

[Baca berita penuh]


View the original article here

20 January 2011

Nik Aziz cadang dialog bincang judi, arak, zina

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan supaya diadakan majlis pertemuan dan dialog antara agama bagi merumuskan pandangan agama-agama berhubung pelbagai masalah sosial.

Menurutnya, isu meliputi masalah judi, arak dan zina, termasuk pergaulan bebas boleh dianjurkan oleh mana-mana badan bebas.

NONE"Ini bagi memberikan gambaran kepada masyarakat Malaysia bahawa bukan hanya Islam yang mengharamkan ketiga-ketiga perkata tersebut," katanya.

Sebelum ini, katanya, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nik Aziz juga berkata larangan yang diperkenalkan di Subang Jaya, Selangor itu adalah wajar.

"Di dalam hal ini, secara asasnya saya berpendapat bahawa orang-orang Islam sewajarnya

tidak dibenarkan untuk bekerja di premis-premis sedemikian yang jelas menyediakan

makanan/minuman diharamkan oleh Allah swt," katanya yang juga mursyidul am PAS.


View the original article here

Kes Rosli Dahlan saman SPRM 28 Feb

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 28 Februari untuk mendengar kes saman peguam Rosli Dahlan terhadap 17 defendan termasuk pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan ekoran penahanannya dan seterusnya didakwa kerana gagal menyatakan maklumat mengenai asetnya.

Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Noor menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili defendan yang terdiri daripada pegawai SPRM, timbalan pendakwa raya dan kerajaan memberitahu pemberita, bahawa pada tarikh itu hakim akan mendengar permohonan defendan ke-16 iaitu Pengurus di Unit Perisikan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rahman Abu Bakar untuk membatalkan saman itu kerana mendakwa ia menyalahi proses mahkamah.

Pada 16 September 2009, Rosli memfailkan saman berjumlah RM50 juta itu dengan menamakan pemilik dan penerbit Utusan Malaysia Bhd, sebagai defendan pertama, diikuti pengarang akhbar itu Datuk Mohd Zaini Hassan dan Abdul Rahim Lajis.

Pegawai SPRM yang turut dinamakan sebagai defendan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed (kini Ketua Pesuruhjaya) dan Timbalan Pengarah Penyiasatan dan Pendakwaan Kevin Morais.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa penahanannya adalah salah di sisi undang-undang dan notis diserahkan kepadanya pada 17 Julai 2007 oleh SPRM sungguhpun agensi itu sedar bahawa siasatan terhadap anak guamnya iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pada masa itu sedang berjalan.

Beliau mendakwa pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat kedudukan kewangannya yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram oleh pegawai dari Bank Negara juga tidak wajar.

Peguam itu mendakwa bahawa SPRM (dahulunya Badan Pencegah Rasuah - BPR) memutuskan untuk mendakwa beliau meskipun beliau menawarkan secara bersumpah untuk memberikan butiran yang diperlukan mengikut notis itu.

Rosli juga mendakwa artikel berbaur fitnah yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Okt 2007, iaitu menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri, memuatkan berita seorang peguam kanan akan didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, empat defendan pertama daripada akhbar berkenaan telahpun memohon maaf dan permohonan maaf mereka tersebut disiarkan oleh akhbar itu pada 14 April 2008.

Rosli memohon untuk mendapatkan ganti rugi am RM20 juta dan ganti rugi teladan serta ganti rugi teruk RM30 juta.

Pada 20 Dis lepas Rosli dibebas tanpa dipanggil membela diri selepas Mahkamah Sesyen di sini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kegagalannya mematuhi satu notis untuk mendedahkan segala maklumat mengenai asetnya.

- Bernama


View the original article here

Diskaun tol bas di Jambatan Pulau Pinang dimansuh

Syarikat konsesi Jambatan Pulau Pinang Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) telah memansuhkan diskaun kadar tol sebanyak 50 peratus kepada semua jenis bas bermula Sabtu lalu.

Jurucakap PBSB berkata, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan pusat agar diskaun kadar tol untuk kenderaan tersebut di semua lebuh raya bertol dimansuhkan.

penang bridge"Jika sebelum ini bas hanya perlu membayar sebanyak RM12.50 untuk melintasi Jambatan Pulau Pinang, kini dikenakan kadar bayaran RM25 dan ia adalah kadar lama sebelum kadar diskaun diperkenalkan pada tahun 2008," katanya di Georgetown hari ini.

Bagaimanapun, katanya, PBSB masih mengekalkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk kereta persendirian yang menggunakan kad "Touch and Go" keluaran syarikatnya.

Sementara itu, sebuah syarikat bas persiaran Ha Travel, ketika dihubungi, berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Sebaliknya, kata jurucakap syarikat itu mereka hanya tahu mengenainya apabila dimaklumkan oleh pemandu bas terbabit.

- Bernama


View the original article here

Lantikan SUK: Pakatan tak teragak berdemo

Pakatan Rakyat belum berniat untuk menganjurkan demonstrasi bagi menuntut kerajaan pusat mengembalikan kuasa lantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri kepada menteri besar Selangor.

"Tetapi nampak kita nak bawak ke situ kita tiada hasrat, pasal kita hormat konsep federalisme, "katanya ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut Khalid, Pakatan mengambil pendekatan sewajarnya terlebih dahulu dengan mengajak pemimpin BN hadir ke persidangan khas DUN negeri pada 24 Januari ini kerana tidak mahu dilabelkan sebagai antiinstitusi raja.

NONE"Pakatan termasuk DAP bukan antiinstitusi raja Melayu. Kita tak ambil kesempatan melobi, beri imbuhan dan tak guna kuasa untuk pusatkan lantikan kepada menteri besar," katanya kepada wartawan di pejabatnya Shah Alam, pagi tadi.

Isnin ini, dewan akan membincangkan cadangan pindaan dalam Perkara 52, Bahagian Kedua, Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:

"Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang negeri dan pegawai kewangan negeri.

"Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat menteri besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

azlanMenurut Khalid, kalau dahulu hanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diberi kuasa lantikan, kali ini biarlah menteri besar sendiri melantiknya dengan perkenan Sultan.

"Ingin saya tekankan, persidangan dewan khas ini kita bukan nak rombak, tukar dan beri kuasa sepenuhnya pada menteri besar," tegasnya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, kesemua ADUN BN digesa hadir ke sidang DUN tergempar Isnin ini sebagai tanda hormat dan taat setia kepada Sultan Selangor.

Angggota biro politik PAS itu berkata, kehadiran mereka adalah wajib kerana sidang itu telah diperkenan oleh Sultan Selangor.

"Saya menyeru semua ADUN BN supaya tidak memboikot sidang DUN ini dan saya seru mereka meyokong usaha mengembalikan kuasa sultan ini," katanya.


View the original article here

17 January 2011

K'jaan tidak akan hapuskan sistem SJK

Kerajaan tidak akan menghapuskan sistem sekolah jenis kebangsaan (SJK) di negara ini untuk menjamin pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mampu menguasai lebih banyak bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih mempertahankan sistem SJK dengan pendekatan yang cukup adil membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Di Malaysia sekolah jenis kebangsaan masih lagi diiktiraf dan terus dibantu oleh pihak kerajaan dan jika kita lihat negara jiran tetangga kita yang lain tidak lagi ada sekolah jenis kebangsaan walaupun ia pernah wujud suatu ketika dahulu di sebuah negara di selatan kita," katanya ketika merasmikan bangunan baru SJK Chung Hua Sungai Tapang Hilir yang bernilai RM9.3 juta di Kuching hari ini.

Beliau turut berkata dalam memastikan polisi yang adil terhadap SJK, kerajaan telah memperuntukkan RM145 juta dalam pakej ransangan ekonomi negara untuk pembangunan sekolah-sekolah SJKC di seluruh negara baru-baru ini.

Najib berkata pendidikan dalam sistem SJK juga kini semakin diterima bukan sahaja di kalangan masyarakat kaum Cina ataupun kaum India sahaja malah juga kaum bumiputera apabila terbukti ia dapat memberi lebih banyak kelebihan khasnya dari segi penguasaan bahasa.

Menurutnya sejak Akta Pendidikan 1997 digubal, kini seramai 55,975 pelajar daripada 612,000 keseluruhan pelajar di SJKC merupakan pelajar bumiputera.

"Uniknya SJKC ialah pelajar berpeluang untuk menguasai tiga bahasa utama iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin," katanya.

Sementara itu beliau berkata dalam mencapai tahap sebuah negara maju, negara turut menuntut kepada kemahiran rakyat dalam menguasai lebih banyak bahasa khasnya bahasa Mandarin dan kini menjadi salah satu bahasa penting selepas kebangkitan China dalam kuasa ekonomi dunia.

Katanya selain bahasa Mandarin, kelebihan SJKC ialah dalam mata pelajaran matematik yang mampu memberi nilai tambah kepada seseorang pelajar.

"Untuk membawa Malaysia ke sebuah negara yang maju, kita bukan sahaja perlu menekankan pendidikan kepada anak-anak, malah kita juga perlu membuka minda anak-anak agar menjadi lebih kreatif dan inovatif," katanya.

- Bernama


View the original article here

Polis tolak unsur jenayah dalam kematian pramugari MAS

Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS) Chin Swee Len di tempat letak kereta di Radisson Hotel, Amsterdam pagi Jumaat lepas.

Jurucakap Wisma Putra berkata hari ini polis negara itu memberitahu pihak kementerian bahawa buat masa ini belum ada maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin, 34, ditemui pada kira-kira jam 9 pagi hari tersebut oleh tetamu hotel, tempat beliau menginap.

Chin dijadualkan berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS MH17 pada hari yang sama iaitu 14 Januari.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu maklum balas dari polis Amsterdam berhubung kes tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail.

Bercakap kepada pemberita semasa melancarkan kempen balik kampung rumah selamat di USJ Summit di sini, beliau berkata pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama dengan polis Amesterdam bagi menyelesaikan kes tersebut.

Sementara itu, Pengarah Operasi MAS Kapten Azharuddin Osman dalam satu kenyataan berkata, MAS kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Amsterdam yang sedang menyiasat untuk menentukan sebab-sebab kematian Chin.

Azharuddin berkata pihak MAS sedih dengan berita kematian Chin secara mengejut itu.

Kehilangan beliau disedari bila beliau gagal melaporkan diri untuk taklimat pra-penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Perhatian utama kami sekarang ialah membantu keluarga berkenaan sedapat mungkin. Mereka telah diberitahu dan persiapan dibuat hingga membolehkan anggota kedua-dua keluarga diterbangkan ke Amsterdam malam tadi," kata beliau.

Beliau berkata Chin menyertai MAS pada 1997 dan rekod perkhidmatannya sepanjang masa adalah cemerlang.

"Chin disifatkan oleh rakan sebagai cukup berdisiplin, mesra dan peramah. Beliau meninggalkan suami dan seorang anak ," kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah menasihatkan pramugara dan pramugari semasa di luar negara, berjalan secara berkumpulan dan tidak bersendirian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Chin.

- Bernama


View the original article here

'Bimbang K'tan dirampas halang PAS laksana hudud'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan keputusan kerajaan negeri tidak melaksakan hukum hudud kerana kebimbangan bahawa kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat untuk merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak mahu perlembagaan negeri itu digantung sekali lagi seperti yang pernah dilakukan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada sekitar tahun 1969 dahulu.

nik aziz meeting with bloggers, kl"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran... Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya sambil membaca kaedah fiqhiyyah bagi menyokong hujahnya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran... dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, malam semalam.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Ambil secupak

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS," katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Katanya hal demikian berlaku kerana berkat doa dan dakwah yang dilakukan membuatkan bukan Islam berasa selesa dan tidak takut dengan ajaran Islam.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata demikian ketika menjawab soalan penulis blog Azizi Abdullah yang mengutarakan soalan mendakwa semangat PAS untuk menegak undang-undang jenayah Islam itu dilihat "mengendur" selepas bersama Pakatan Rakyat.

hudud lawSebelum itu, exco Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan turut memberi respon terhadap soalan berkenaan dengan menegaskan bahawa undang-undang tersebut sudah diluluskan pada tahun 1993 dan belum dimansuhkan.

Bahkan ia juga telah mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana "ada halangan dan cabaran".

Katanya, pendirian kerajaan negeri pada ketika itu adalah memikirkan kemudaratan yang akan dihadapi kerajaan negeri itu sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

nik aziz meeting with bloggers, kl"Kalau laksana hukum hudud apakah, halangan dan cabarannya.(Oleh sebab itu) kita tak laksana (hukum hudud).

"Tetapi ia tetap dilaksanakan dalam bentuk yang lain," katanya yang juga seorang peguam.

Takiyuddin berkata walaupun tidak dilaksanakan, tetapi undang-undang kecil yang lain dapat diimplimentasikan.

Royalti minyak

Sementara, exco kanan Datuk Husam Musa pula menafikan tanggapan penulis blog yang bahawa tiada perkembangan berhubung isu tuntutan royalti minyak.

Katanya, tuntutan tersebut didokong oleh semua pihak, dan kerajaan negeri memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan permohonan tuntutan berkenaan.

azlan"Ia bukan isu politik tetapi untuk menjaga amanah. Seperti mana yang disebut oleh Tok Guru, isu royalti adalah isu amanah, dan beliau adalah pemegang amanah, maka kita menuntut amanah itu bagi rakyat negeri Kelantan," katanya.

Sehubungan itu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mengajak semua penulis blog dan Facebook hadir ke Mahkamah Tinggi Perdagangan Kuala Lumpur berhubung permohonan kerajaan pusat untuk mencelah menjadi defendan bagi isu tuntutan royalti minyak.

"Kita bantah permohonan itu," katanya sambil menambah permohonan itu berlangsung pada 27 Januari ini.

"Kerajaan pusat mungkin rasa Petronas berseorangan atau rasa mereka memerlukan bapa kerana tak sanggup menghadapi (kerajaan negeri) Kelantan," katanya sinis.

NONETambahnya, pendekatan lain oleh kerajaan negeri berhubung isu berkenaan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sebelum majlis dialog itu dimulakan, Nik Aziz menyampaikan sedikit ucapan ringkas yang mana beliau menasihatkan penulis blog dan Facebook supaya tidak menulis sesuatu "sesuka hati".

"Tulis baik, balasannya syurga. Tulis jahat, balasannya neraka," katanya sambil merujuk tulisan dalam blog yang mendakwa beliau dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU, beberapa bulan lalu.


View the original article here

'Pegawai k'jaan tak boleh tunjuk sokongan pada parti politik'

Pegawai kerajaan tidak boleh menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof sambil menambah bahawa mereka perlu sentiasa menjaga tahap "profesionalisme" masing-masing.

Beliau mengulas kes seorang pegawai tinggi kerajaan di Johor yang menggesa para guru menyokong "kempen kerajaan" dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari depan.

Abdul Aziz menjelaskan, kakitangan kerajaan mesti mengenepikan "pandangan dan pendirian politik" masing-masing dan menjaga kesopanan "profesional" serta sentiasa bersikap berkecuali.

NONETarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut - ekoran
kematian penyandangnya dari BN, Datuk Sulaiman Taha - ditetapkan pada 22 Januari depan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz (kiri) berkata, "adalah tidak salah" untuk kakitangan awam menjayakan dasar atau program kerajaan negeri.

"Baik Pakatan Rakyat atau BN, pegawai kerajaan perlu setia kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana (yang mentadbir negeri)," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini.

"Tidak salahnya jika mereka memaklumkan kepada rakyat mengenai inisiatif kerajaan negeri, tetapi ianya berbeza bila seseorang kakitangan awam berkempen dan secara terbuka meminta mereka yang hadir, untuk mengundi, contohnya, BN atau PKR," tambahnya.

[Baca berita penuh]


View the original article here

TYT, PM rai persandingan Taib dan Ragad

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, dan pasangannya Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi, 31, yang bernikah bulan lalu diraikan pada satu majlis persandingan di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya di Kuching, malam semalam.

NONEMajlis itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa Menteri Kabinet Persekutuan dan negeri.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

Ragad, dari Syria, merupakan anak bongsu pasangan Waleed dan Khayam Al-Kurdi dan mempunyai dua abang serta seorang kakak.

Taib dan Ragad dinikahkan pada 18 Dis tahun lalu di kediaman ketua menteri Sarawak paling lama itu di Demak Jaya di Petra Jaya.

laila taib mahmud sulaiman taib 290409Ini adalah perkahwinan kedua Talib. Isteri beliau sebelum ini Puan Sri Laila Taib, yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April tahun lalu.

Sepanjang hidup bersama selama 50 tahun, mereka dikurniakan empat anak dan 15 cucu.

- Bernama


View the original article here

BN cabar S'gor serah draf pindaan perlembagaan

BN Selangor mencabar kerajaan negeri menyerahkan kepadanya draf cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri yang mahu dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 Januari ini.

azlan"Kita nak tengok draf (cadangan pindaan) dulu. Kalau berani berilah draf itu (kepada kami)," kata ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman

"Lepas itu baru kita buat keputusan nak pergi atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

DUN Selangor akan bersidang pada tarikh tersebut untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Isu berkenaan tercetus ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Speaker DUN S'gor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi di mana Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi dan BN pula mewakili 21 kerusi.

Kerajaan negeri memerlukan 37 daripada 56 kerusi itu untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga bagi meluluskan cadangan pindaan tersebut.

ADUN Pakatan terdiri daripada 14 dari PKR, 13 (DAP) dan 8 (PAS). BN pula mempunyai 21 ADUN - 19 Umno dan dua dari MCA. DUN Selangor juga mempunyai seorang ADUN Bebas.

Satim yang juga ADUN Seri Serdang berkata, BN akan mengadakan mesyuarat khas untuk mendapatkan pandangan daripada ADUN BN berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai cadangan pindaan itu, beliau berkata: "Apa yang ada sekarang sudah sudah elok...sejak tahun 1959 sampai sekarang tak ada masalah.

"Jadi kita mendapat kebaikan yang betul-betul (daripada cadangan pindaan itu). Jadi keburukannya lebih daripada kebaikan," tambah Satim yang ketua Umno bahagian Puchong.

Sementara itu, ketua penerangan BN Selangor Abdul Shukor Idrus pula berkata undang-undang sedia ada sememangnya merupakan peruntukan terbaik dalam memelihara kuasa sultan berhubung isu tersebut.

Beliau yang juga ADUN Kuang berkata, pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK sememangnya dibuat dengan restu Sultan Selangor

"Jadi kita perlu tengok apakah yang dia hendak buat ini lebih baik daripada sedia ada," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.


View the original article here

16 January 2011

Bakun terus tegangkan Putrajaya - Petra Jaya

Beberapa penilaian terutamanya daripada segi kos perlu diteliti sebelum penjualan projek hidroelektrik Bakun kepada kerajaan negeri Sarawak dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Katanya penglibatan kos serta beberapa perkara lain masih dalam rundingan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak.

NONEPerdana Menteri bagaimanapun enggan menyatakan tempoh masa rundingan itu ketika ditanya soalan mengenainya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Uma Belor di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di Belaga, semalam.

Terdahulu, Najib yang diiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa anggota Kabinet Persekutuan dan negeri terpaksa membatalkan lawatan ke tapak projek hidroelektrik Bakun berikutan cuaca buruk.

Mengikut program asal, Perdana Menteri dijadual mendengar satu taklimat dan membuat tinjauan di sekitar kawasan projek berkenaan.

NONEEmpangan berkeupayaan 2,400 megawatt itu dijangka menjana 300MW bekalan elektrik menjelang Jun tahun ini.

Projek Bakun bernilai RM7.3 bilion ini dimiliki Sarawak Hidro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Kawasan seluas 69,500 hektar itu akan ditenggelamkan selepas penakungan bermula sejak 13 Okt lalu.

-Bernama


View the original article here

Nik Aziz minta Pakatan tidak khuatir

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin Pakatan Rakyat dan ahli PAS supaya tidak bimbang mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

azlanNik Aziz berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana beliau memperkatakan perkara yang sama dengan apa yang sering dikatakannya sebelum ini.

"Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, sikap saya sama saja sama ada bercakap di dalam atau di luar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Katanya tidak timbul soal beliau perlu memberi penjelasan kepada penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi menjelaskan pendirian parti itu berhubung perjumpaan itu.

Sebelum ini, beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Tuanku Mizan tiada kaitan dengan isu politik dan pemergiannya adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz akan memberikan penjelasan mengenai isu pertemuan '24 Disember' kepada pemimpin Pakatan Rakyat dalam tempoh sehari dua lagi bagi mengelak spekulasi terus berlegar.

- Bernama


View the original article here

PM: K'jaan bangunkan semua kawasan luar bandar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi kenyataannya bahawa kerajaan akan terus memberi perhatian serius kepada pembangunan di semua kawasan luar bandar.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2"Petunjuknya ialah dengan peruntukan besar diberikan bagi melaksanakan lebih banyak projek pembangunan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan program-program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," kata Najib sebelum merasmikan pembukaan klinik Kesihatan Belaga berharga RM46 juta, di Belaga.

"Kerajaan juga sedar bahawa ia akan menelan lebih banyak belanja untuk membawa lebih banyak projek pembangunan ke kawasan luar bandar terutamanya kerana kos pengangkutan dan jarak jauh yang terbabit seperti di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.

"Tetapi semua itu tidak akan menjadi penghalang kerana ia adalah untuk manfaat rakyat," katanya.

Sebagai balasannya, katanya, kawasan seperti ini sentiasa menjadi kubu kuat kerajaan sejak zaman merdeka.

bakun dam special report logging site 070910"Secara peribadi, saya juga sentiasa gembira apabila melawat kawasan pedalaman. Ia memberi saya kepuasan sebenar kerana saya dapat mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang kampung," katanya.

Mengulas Belaga yang juga tempat pembinaan empangan Bakun bernilai RM7.3 bilion dan tidak lama lagi empangan Murut bernilai RM3 bilion, beliau berkata ia bukan satu tempat yang mudah untuk dilawati.

Katanya, pada mulanya beliau ragu-ragu jika dapat terbang ke tempat ini disebabkan keadaan cuaca yang tidak baik pagi ini yang menyebabkan jadual kedatangannya menjadi lewat.

Najib kemudian mengumumkan beberapa projek bagi faedah lebih 28,000 penduduk di daerah ini.

NONEProjek pertama ialah pembinaan bandar Belaga/Jalan Bakun bagi manfaat kira-kira 15,000 orang yang akan dilaksanakan oleh pasukan tentera di bawah projek Jiwa Murni.

"Kerajaan pusat akan memperuntukkan sejumlah RM62 juta bagi jalan sepanjang 35 kilometer yang memang benar-benar diperlukan yang akan mula dibina menjelang bulan depan.

Satu lagi ialah projek bekalan air bernilai RM35 juta bagi bandar Belaga sendiri yang kini di dalam proses pelaksanaan dan akan siap menjelang Oktober 2012," katanya.

Najib juga mengumumkan pembinaan sebuah jambatan keluli pasang siap bernilai RM2.7 juta bagi menyeberangi Sungai Linau di Lusong Laku yang juga akan dijalankan oleh pasukan tentera melalui Projek Jiwa Murni.

NONEMengulas permintaan untuk sebuah bank komersial, beliau berkata Kumpulan Maybank akan memulakan satu kaunter di Belaga dalam jangka masa tiga bulan manakala Bank Simpanan Nasional akan mewujudkan cawangan barunya menjelang akhir tahun ini.

Sementara iu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan mereka dalam masa yang makmur.

Mengenai klinik baru itu, Najib berkata kerajaan akan melengkapkannya dengan mesin X-ray dan menempatkan seorang pegawai perubatan residen.

Najib, yang diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kemudian ke skim penempatan Sungai Asap di mana beliau akan bertemu orang ramai di rumah panjang Uma Belor.

- Bernama


View the original article here

Tenaga nuklear wajar, kata ketua TNB

Banjir yang melanda Australia sekarang ini menaikkan harga arang batu dan ini mewajarkan Malaysia menimbangkan secara serius tenaga nuklear bagi menjana elektrik, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

tenaga nasional tariff hike pc 050608 che khalib2"Disebabkan kekurangan gas dalam negara, kita mempelbagaikan penjanaan elektrik kita untuk termasuk arang batu.

"Kini dengan keadaan cuaca yang buruk di Australia dan Kalimantan, serta cuaca sejuk di hemisfera Utara, permintaan bagi arang batu tiba-tiba melonjak tetapi bekalannya terhad.

"Juga terdapat semakin banyak kilang yang menggunakan arang batu di tempat-tempat lain dan ini menjadikan kenaikan harga arang batu lebih 50 peratus dalam masa enam bulan lepas," kata beliau semasa ditemui pada karnival sukan untuk kanak-kanak anjuran TNB di Kuala Lumpur hari ini.

Arang batu menguasai 40 peratus sumber penjanaan tenaga TNB.

AmResearch dalam laporannya baru-baru ini berkata berkata berdasarkan harga semasa yang berlegar melebihi US$100 setan dan dengan kadar tukaran US/RM, untung bersih Tenaga bagi tahun kewangan 2011 hingga 2013, berkemungkinan susut antara 28 dan 29 peratus.

dams hydroelectric dams 290609Tenaga membeli 17 peratus daripada keperluan arang batunya yang sebanyak 18 juta tan dalam tahun kewangan 2010 dari Australia, 71 peratus dari Indonesia dan 11 peratus dari Afrika Selatan, kata firma penyelidikan itu.

Arang batu menguasai 48 peratus kos bahan api Tenaga bagi tahun kewangan 2010.

"Kami menganggarkan kenaikan US$10 setan dalam kos arang batu melebihi unjuran purata kos arang batu kami, boleh mengurangkan untung bersih Tenaga bagi tahun kewangan 2011 sebanyak 18 peratus," jelasnya.

Oleh itu, Che Khalib berkata adalah tepat pada masa bagi kerajaan untuk melihat secara serius berhubung penjanaan elekrik daripada tenaga nuklear.

"Langkah-langkah keselamatan, rekod dan teknologi bagi loji tenaga nuklear hari ini jauh lebih baik berbanding 30 tahun lepas," katanya.

NONEBeliau berkata sebagai pengeluar tenaga terbesar negara, TNB menyokong inisiatif kerajaan untuk mewujudkan Perbadanan Tenaga Nuklear, memandangkan negara kini boleh melihat kepada alternatif.

"Ia bukan suatu yang kami mendesak negara untuk menerima alternatif tetapi kita perlu serius menelitinya dan jika sesuai, dilaksanakan secepat mungkin," kata Che Khalib.

Beliau berkata sebagai syarikat utiliti, TNB mempunyai kepentingan dalam menyokong kerajaan memandangkan rancangannya ialah untuk mempunyai loji nuklear pertama menjelang 2021.

- Bernama


View the original article here

Jurucakap ADUN nafi spekulasi pilihan raya kecil

Khabar angin bahawa kemungkinan negara bakal menyaksikan pilihan raya kecil ke-15 bertiup kencang apabila dakwaan mengatakan bekas ADUN PKR, Badrul Hisham Abdullah (bawah, bersongkok) telah gagal menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

selangor mb adun and parliament rep gatherng badrul hisham abdullah 130209 02Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Akhbar harian Cina, Sin Chew hari ini melaporkan Badrul Hisham dikatakan gagal menghadirkan dirinya ke sidang DUN sejak enam bulan lalu dan menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

NONESebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Pada sidang media 29 Oktober 2009, Badrul Hisham mengumumkan hasratnya untuk mengekalkan kerusinya sebagai ADUN Bebas dan berkata beliau tidak dipaksa sesiapun dalam membuat keputusan berkenaan.

Dia memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

azlanBadrul Hisham mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Teng tidak tahu

Sementara itu, speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim ketika dihubungi Malaysiakini berkata khabar angin itu bukan berpunca daripadanya.

“Apa yang anda sampaikan adalah berita bagi saya. Saya tidak tahu kerana bukan saya yang mengeluarkan kenyataan mengenai Badrul Hisham. Berita itu bukannya datang dari saya,” kata Teng.

Ditanya sama ada benar Badrul Hisham gagal menghadiri sidang DUN lebih enam bulan, Teng berkata beliau perlu menyemak rekodnya sebelum mengesahkan perkara berkenaan.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Nafi tak hadir

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu Malaysiakini, wakil rakyat itu gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

NONEKatanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.

"YB hubungi saya malam ini sambil (menyatakan rasa) terkejut dan beritahu apakah benar beliau tidak hadir selama enam bulan menerusi laporan Malaysiakini dan saya beritahu tidak benar sama sekali," katanya.

Ulanginya, Badrul Hisham hanya rmat gagal hadir pada persidangan bajet sahaja atas masalah kesihatan, manakala yang lain dihadiri beliau.

"Pertama pembukaan dewan rakyat dihadiri Sultan Selangor (hadir), kedua sesi persidangan soal jawab (hadir) dan ketiga persidangan bajet pada November tahun lalu, " katanya merujuk di Selangor ada tiga kali persidangan.

[Baca berita penuh]


View the original article here

Hutang rumah penduduk Bakun akan dibatalkan

Kerajaan Pusat bersetuju secara prinsip untuk membatalkan baki pembayaran hutang perumahan bernilai kira-kira RM41 juta yang terpaksa ditanggung kira-kira 1,500 keluarga yang dipindahkan berikutan pelaksanaan projek hidro elektrik Bakun di Belaga.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata penduduk terlibat yang kini tinggal di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di Belaga mempunyai asas kukuh untuk mendapat bantuan sedemikian.

NONEBerucap dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang Uma Belor di skim penempatan itu, beliau berkata penduduk terlibat telah mengorbankan tanah pusaka mereka demi untuk membolehkan pembinaan empangan Bakun itu diteruskan setelah tergendala di antara 1997 dan 1998.

Katanya mereka juga belum lagi dapat mengecapi nikmat dari pelaksanaan projek Bakun ini dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

"Kita bersimpati dengan mereka dan akan mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pelaksanaan bantuan ini,” katanya.

NONEPada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM22 juta bagi menghubungkan kawasan penempatan itu dengan grid bekalan elektrik utama negeri ini.

Beliau turut menyampaikan cek bernilai RM1.14 juta kepada Dewan Perdagangan dan Industri Dayak sebagai memulakan dana untuk melatih 3,300 belia Dayak dalam bidang kemahiran industri.

Najib tururt menyampaikan bantuan dari 1Malaysia Development Bhd bernilai RM900,000 untuk pembinaan rumah persinggahan atau “Rumah Arau” bagi sembilan buah sekolah di daerah Belaga selain bantuan kewangan untuk persekolahan 150 orang pelajar miskin di kawasan itu.

NONESebelum itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata keseluruhan kos sewa beli rumah yang terpaksa ditanggung penduduk terbabit adalah kira-kira RM82 juta dan kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyerap separuh daripada kos itu.

Saranan Taib untuk memperluaskan lagi zon pertanian di kawasan penempatan semula itu turut disokong Najib sebagai satu lagi usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduknya.

- Bernama


View the original article here

15 January 2011

Dr Asri: Benarkan hanya azan di pembesar suara

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

NONESesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain. Keliru antara azan dan bacaan lain

NONE• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

australia media visit 290107 mosqueJika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

meccaBayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?

Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

pas demo 250205 mosqueIni adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

hr('100%')dr asri mufti perlis 081008Penulis adalah bekas mufti Perlis. Profesor Madya Dr Asri adalah juga pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia.

View the original article here

Calon BN pilihan raya kecil Tenang diumum 19 Januari

Calon BN bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang akan diumumkan pada 19 Januari ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN di DUN itu sudah mengemukakan beberapa nama calon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN, untuk dipertimbangkan.

NONEBagaimanapun Tengku Adnan enggan mendedahkan nama-nama calon yang tersenarai dan berharap semua pihak akan menunggu sehingga tarikh ia diumumkan.

"Abdul Ghani juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat bagi memuktamadkan nama calon BN untuk DUN Tenang dan saya yakin keputusan muktamad mengenai nama calon BN akan dibuat sebelum tarikh itu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini ketika ditanya mengenai calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN itu ditetapkan pada 22 Januari dan hari pengundian pada 30 Jan.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

azlanTengku Adnan berkata, calon yang terpilih bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Tenang diharap mampu memberi kemenangan besar kepada parti, dapat diterima rakyat serta memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tanpa mengira kaum.

Ditanya mengenai persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, beliau berkata jentera parti telah membuat persiapan rapi untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang serta meningkatkan jumlah majoriti undi.

"BN juga sudah menggerakkan semua 26 bahagian BN di Johor termasuk 50 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 25 anggota Parlimen untuk membantu jentera pilihan raya kecil itu," katanya.

Sementara itu, beliau enggan mengulas hasrat Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ''Pelan 100 hari'' Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun beliau berpendapat pemimpin BN tidak perlu mengikut rentak politik Pakatan kerana ia akan mengundang banyak kesan buruk.

azlanSebelum ini Anwar mencabar Perdana Menteri untuk berdebat dengan beliau berhubung ''Pelan 100 hari'' pakatan pembangkang jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.

Terdahulu Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya menyampaikan bantuan baja, peralatan berkebun, benih ikan keli dan traktor sumbangan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada peserta Kebun Komuniti di Presint 9 di Putrajaya.

- Bernama


View the original article here

Etiquetas

adab (1) adil (1) air (1) akhirat (1) al-ayubi (1) al-hadid (1) al-ikhlas (1) alim (1) allah (3) arafah (1) asam (1) awan (1) ayat (2) bakhil (1) Bakun (2) bandar (1) bangunkan (1) bantah (1) Barang (1) bayar (1) Bedah (1) belasah (1) belum (1) benar (1) Benarkan (1) berbeza (1) berdemo (1) berfikiran (1) berjemaah (1) bersih (1) bersiwak (1) Biasa (1) Bimbang (1) bimbit (1) binatang (1) bincang (2) bismillah (1) BN (1) bohong (1) boleh (1) bongkak (1) Budaya (1) bukit (2) bulan (1) Cabang (1) cabar (1) cadang (1) Calon (1) cantas (1) cara (1) cerita (1) dadah (1) Dahlan (1) dakwa (1) dalam (2) dalaman (1) dap (1) darul (1) dengan (2) dhuha (1) dialog (2) dibatalkan (1) diberi (1) dibunuh (1) didakwa (1) dimansuh (1) dinar (1) dipukul (1) dirampas (1) Diskaun (1) ditangguh (1) diumum (1) domestik (1) dos attack (1) dosa (1) Dr. Lo Lo (1) duit (1) duri (1) explain (1) express (1) fadhilat (1) fakta (2) firefox (1) fobia (1) galak (1) gambar (1) gantang (2) gigi (1) god (1) golongan (1) gosok (1) H1N1 (1) hak (1) halang (1) hamdalah (1) handphone (1) hanya (1) hapuskan (1) Harga (1) Harimau (1) hartini (1) hati (1) hikmah (1) hitam (1) hudud (2) hujan (1) hukum (1) Hutang (1) iblis (2) ibu (1) ikan (1) Interlok (1) Internet (1) isa (1) isteri (1) istigfar (2) jalan (1) Jambatan (1) Januari (1) jejaskan (1) jenayah (1) jibril (1) jimat (1) Jurucakap (1) jurugambar (1) kafir (1) kahwin (1) kaki (1) kata (1) kawal (1) kawasan (1) keadilan (1) kecil (2) Kedah (1) kedua (1) kejahatan (1) kelakar (1) kematian (1) kembali (1) kemudian (1) Kenaikkan (1) kenderaan (1) kepala (1) kerajaan (1) kerapu (1) keras (1) kereta (1) keselamatan (1) kesihatan (2) ketua (1) khasiat (2) khidmat (1) khuatir (1) kiamat (1) kikir (1) kisah (1) kjaan (2) komputer (1) korup (1) kosong (1) kursi (1) lada (1) laksana (1) langkah (1) Lantikan (1) Larang (1) lawak (1) Lebih (1) Libya (1) logik (1) maha esa (1) Mahkamah (1) mahsyar (1) Malaya (1) Malaysia (1) Malaysiakini (1) mandi (1) manis (1) marah (1) masak (1) mata (2) media (1) Melawati (1) minta (1) mohon (1) muhammad al-fateh (1) mukmin (2) murtad (1) mush (1) muslim (2) mutiara (1) nabi (1) Najib (1) negara (1) negeri (2) neraka (1) nuklear (1) orang (1) padang (1) pagi (1) pahala (1) Pakatan (5) pandangan (1) panduan (1) parlimen (1) parti (1) pas (1) Pasangan (1) Pegawai (1) pelaburan (1) pelik (1) pelindung (1) pembesar (1) pemimpin (3) Pemuda (1) pendirian (1) penduduk (1) penghalang (1) Pengundian (1) penulis (1) Penyokong (1) perak (3) perbandingan (1) Perbezaan (1) percaya (1) perlembagaan (1) perlu (1) persandingan (1) Petra (1) petrol (1) petua (1) Piala (1) pilihan (2) pilihanraya (2) Pinang (1) pinda (1) pindaan (1) Polis (2) politik (1) PR (1) pramugari (1) proggrammer (1) Protes (1) puasa (3) puisi (3) Pulau (1) punk (1) Pusat (1) Putrajaya (1) qada (1) qadar (1) qiamullai (1) Ragad (1) rahmat (1) ramadhan (2) rasuah (1) rayuan (1) redup (1) rejab (1) rejam (1) resepi (1) ridzuan (1) rintangan (1) RM65000 (1) rombak (1) Rosli (1) rumah (1) runding (1) sabar (1) sahur (1) saladin (1) salahuddin (1) saman (1) Sambutan (1) saran (1) science (1) sedekah (1) sedih (1) seksi (1) Selamat Datang (1) selesai (1) sempit (1) semua (1) Semula (1) serah (1) seribu (1) seronok (1) siasat (2) Siasatan (1) silap (2) sistem (1) Skuad (1) soalan (1) sokongan (1) solat (2) solawat (1) sombong (1) spekulasi (1) Stadium (2) suami (1) suara (1) sunnah (2) surah (1) susu (1) syaitan (2) syurga (1) taat (1) tahanan (1) takwim (1) tanyanajib (1) tarikh (1) tawan (1) tazkirah (1) tegangkan (1) teladan (1) telefon (1) Tenaga (1) Tenang (1) tentukan (1) teragak (1) terawih (1) terima (1) terus (1) tidak (2) tidur (1) tips (1) tolak (1) tuhan (1) tunjuk (1) umono (1) undang-undang (1) unsur (1) ustaz (1) Utusan (1) video (1) wajar (1) wanita (1) wasiat (1) wuduk (1) wujud (1) zina (1)