Beliau berkata keadaan sistem politik di negara-negara tersebut dengan Malaysia adalah berbeza, lantaran tidak ada sebab untuk mana-mana pihak di negara ini untuk meminta rakyat melakukan perkara yang sama.
Berbeza dengan negara-negara yang dilanda kebangkitan itu, Malaysia mempunyai perlembagaan kukuh yang menjamin hak rakyat, katanya selepas merasmikan persidangan tahunan 2011 serentak cawangan-cawangan Umno bahagian Cheras di Kuala Lumpur, malam semalam.
Selain itu, beliau berkata Malaysia mempunyai sistem demokrasi di mana rakyat berhak memilih parti dan kerajaan yang mereka mahu setiap lima tahun secara bebas.
"Sedangkan di negara-negara itu tiada perlembagaan yang kukuh seperti kita dan tidak mempunyai pilihan raya bebas untuk memilih pemimpin," katanya.
Sementara itu, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa negara-negara Islam termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Libya.
"Kami mengutuk keras langkah dan tindakan Muammar Gaddafi yang terus menindas dan mendera rakyat dan mendoakan agar rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang rakus ini," katanya pada satu sidang media, petang semalam.
- Bernama
Jika Chua gagal berbuat demikian, PAS akan memfailkan saman fitnah terhadap anak presiden MCA itu.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.
Menurut AFP, Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, huru-hara timbul akibat kemarahan orang ramai terhadap regim Gaddafi itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.
“Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.