Pastinya anda sudah biasa melihat pemandu lain (atau diri anda sendiri) memasang hazard lights atau lampu kecemasan semasa hujan lebat dan kenderaan terus dipandu waima perlahan-lahan.
Persoalannya, apakah tindakan ini menepati peraturan lalu lintas? Jawapannya, tidak.
Hazard Lights mengikut peraturan JPJ ialah bermakna dinyalakan tatkala kenderaan yang dipandu itu berdepan dengan bahaya mendadak lalu memperlahan dan berhenti. Tetapi perkara asas ialah penyalaan lampu kecemasan ini hendaklah semasa kenderaan berhenti dan tidak bergerak langsung.
Pihak berkuasa lalu lintas sama ada JPJ atau polis boleh mengenakan saman seandainya pemandu didapati meneruskan perjalanan menggunakan hazard lights.
Malangnya, sama seperti banyak perkara lain - definisi hazard lights ini telah di-Malaysia-kan iaitu bila hujan lebat, hazard lights dinyalakan dan kereta terus dipandu terus menerus sehingga tiba ke lokasi hujan berhenti. Kereta berkenaan lazimnya dipandu dalam kelajuan yang sangat rendah.
Keadaan itu menyebabkan masalah khususnya bagi kenderaan lain yang dipacu lebih laju. Dalam keadaan yang pemandangan kurang jelas, tiba-tiba kereta yang dinyalakan di hadapan rupa-rupanya bukan berhenti. Bayangkan tatkala hendak memotong kereta yang disangkat berhenti itu, tetapi sebenarnya bergerak, boleh mengakibatkan hitungan jarak memotong menjadi silap. Ini bermakna kemalangan.
Ada yang berhujah bahawa memasang lampu kecemasan semasa hujan lebat, sambil pemanduan diteruskan wajar diteruskan. Ini kerana bagi mereka, pemandu lain akan lebih jelas melihat mereka semasa hujan lebat. Hujah ini sangat songsang kerana ia menyokong kaedah meneruskan pemanduan sambil menyalakan lampu kecemasan.
Sedangkan peraturan asas ialah bila memasang lampu tersebut, kereta hendaklah statik. Seandainya mahu meneruskan juga perjalanan, nyalakan lampu utama kenderaan. Atau jika was-was, berhentilah sebentar di kawasan rehat berhampiran.
Namun untuk menghalalkan penyalaan lampu kecemasan sambil meneruskan pemanduan, adalah salah di sisi undang-undang. Janganlah berhujah lagi jika anda disaman bila berbuat demikian. Ketahui peraturan dan hormatinya. Jangan huraikan definisinya ikut sedap rasa. Bila kemalangan, kereta sendiri yang binasa.