Pergi Solat Sunat Tarawih Malam Tadi

Malam tadi genaplah 3 hari umat Islam berpuasa. Teringat masa kecil-kecil dahulu malam-malam pergi solat sunat terawih. Cukup je solat 8 rakaat saya dan kawan-kawan saya pun cabut keluar dari masjid. Apa lagi kami pun main la sorok-sorok. Best betul, sampai menyorok ke kawasan perkuburan belakang masjid. Memang "sure" susah nak cari sebab gelap. Kata orang tua dulu-dulu syaitan kena ikat, apa lagi hantu-hantu semua pun kena ikat. Itu yang main sorok-sorok sampai ke kawasan perkuburan. Tak takut hantu dah, semua kena ikat.

Solat Terawih Malam Tadi

Masjid di kampung saya bernama Masjid Tengku Menteri, Khariah Matang. Masjid ini adalah antara masjid yang tertua di bandar Taiping. Kalau sesiapa pergi ke Kota Ngah Ibrahim janganlah lupa pula singgah sebentar ke Masjid Tengku Menteri.

Saya ingin bercerita tentang peristiwa solat terawih malam tadi di masjid ini. Saya pulang lewat 11.00 malam kerana mengikuti tazkirah ramadhan dari seorang ustaz. Saya suka untuk bercerita tentang intipati tazkirah yang disampaikan.

1. Solat terawih express.
Ini yang best, Malam tadi Imam yang mengetuai solat terawih tu betul-betul express. Bas express pun kalah. Apa tidaknya saya sendiri pun tak sempat nak habiskan surah al-fatihah imam sudah rukuk. Apa lagi Ustaz tu pun dalam tazkirahnya menegur imam dan para jemaah tentang solat terawih yang express. Saya yang berada dibelakang hanya tersenyum sahaja. Ustaz tu kata lagi, solat sunat terawih ini tak perlu tergesa-gesa, nak rakaat yang banyak. Pentingnya bukan rakaat tapi tertib dalam bersolat.

2. Solawat Antara Solat Terawih
Ini yang lagi lucu, ustaz tu tegur jangan main selawat tak tentu pasal je. Sebutan solawat tu kena betul. Ada yang selawat saya dengar macam "Poh balik weh", "Jap pi makan kuih" pun ada. Yang sebetulnya Allhuma solli wasallim alaih.

Apapun marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya semua amalan kita di terima. Segala doa kita diampunkan dan kita bakal di tempatkan dengan orang-orang beriman.