Sahur Pagi Ini

Pagi ini saya sahur ala kadar jer, mana tidaknya, mak lambat bangun. Tak mengapalah, bukan disengaja pun. Lagi pun semalam mak letih sangat. Masak makanan kenduri di masjid.

Pagi ini, saya bersahur hanyalah dengan buah tamar 4 biji dan air Milo. Ok lah tu.

Mari kita tinjau hikmah bersahur:

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hebat tu orang yang bagun pagi dan memakan sahur. Tidak kiralah sedikit atau yang banyak. dalam satu hadis lain ada juga berbunyi tentang perbezaan puasa orang Islam dan Orang Yahudi adalah terletak daripada bersahur. Sebab itu kira disunatkan bangun sahur .

Ok saya nak solat subuh. Kita sambung lagi nanti.